Pengikut

03 Mei 2009

SELAMAT HARI PEKERJA


Mohon maaf agak terlewat berkongsi cerita tentang sambutan Hari Pekerja. Sepatutnya dari 1-3 Mei saya berada di Keningau kerana ada tugas dalam kem tetapi kem tersebut terpaksa ditunda. Sambutan ini merentasi sektor awam mahupun swasta dan di samping menikmati cuti elok juga kita merenungi prestasi kerja kita sebagai pekerja dan di pihak majikan pula merenungi sejauhmana perhatian diberikan kepada pekerja. Ini merupakan satu kontrak sosial yang wujud sejak tamadun manusia berkembang di mana wujudnya konsep pekerja dan majikan.
Idea sambutan Hari Pekerja telah dimulakan di Australia pada tahun 1856. Kempen dicetuskan oleh golongan Proletariat yang mendesak pihak majikan mereka untu mendapatkan waktu bekerja 8 jam sehari. Pada asalnya mereka memilih tarik 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi pada hari tersebut. Setelah demonstrasi yang pertama tersebut berjaya memberi kesedaran positif kepada golongan itu sehingga tercetusnya pemberontakan yang baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun. Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari telah mendorong pekerja di negara lain menuntut hak yang sama. Pada tahun 1886, para pekerja di US mengambil keputusan bahawa seita 1 Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat kerja dan menuntut masa bekerja lapan jam sehari.

Sambutan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia bermula 36 tahun dahulu iaitu pada tahun 1972. Perisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja dan Hari Cuti Umum di Malaysia telah dilaksanakan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Allahyarham Tun Dr. Ismail pada majlis perasmian Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972. Perisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mkendapatkan waktu bekrja yang adil dan menentang sebarang bentuk penindasan dan tekanan oleh pihak majikan. Datuk Seri Najib dalam ucapan sempena Hari Pekerja menggariskan dua mekanismen baru dlm melonjakkan kualiti pekerja dan sebagai tanda pengiktirafan pekerja iaitu penubuhan Tabung Pemberhentian Pekerja dan Skim Pencen KWSP.

Saya memperhatikan kerajaan kita sekarang pada prinsipnya telah menggariskan dasar perkhidmatan awam yang unggul dan sekiranya semuanya itu dihayati dan dilaksana pasti kecemerlangan milik kita semua. Tuntutan yang sentiasa dikemukakan oleh CUEPACS dan MTUC sentiasa dipertimbang oleh kerajaan secara berperingkat.

Dalam satu sudut, yang mungkin perlu dipertingkatkan ialah konsep liberalisme dalam perkhidmatan awam. Datuk Seri Najib baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan liberalisme dalam beberapa sektor awam bagi mengatasi rasa tidak puas hati di kalangan kaum tertentu. Ternyata segala ketidakpuasahan hati ini relevan apabila kerajaan tampil memperbetulkan keadaan. Saya pernah menulis suatu ketika dulu bahawa liberalisme dan merit perlu dilaksana secara total dalam sektor perkhidmatan awam kalau kita benar-benar berhasrat mencapai mutu perkhidmatan bertaraf dunia. Tindakan awal bagi saya ialah mudah, iaitu : "jauhkan pengaruh politik sepenuhnya dalam semua peringkat dan proses dalam perkhidmatan awam"..Tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana berani menongkah arus dan kita sama-sama menantikan sejauhmana liberalisme dalam perkhidmatan awam ini akan dilaksanakan secara telus dan meluas.


Tiada ulasan: