Pengikut

15 Mei 2009

DETEKTIF YANG HANDAL

Pelakon drama tukar pengakuan tidak bersalah

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, yang sepatutnya dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri oleh Mahkamah Majistret semalam, menukar pengakuan itu kepada tidak bersalah. Tertuduh yang terkenal dengan watak ‘Detektif Lim’ itu pada mulanya mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan kali pertama oleh jurubahasa mahkamah pada 8 April lalu atas tuduhan mencuri dua buku milik MPH Bookstore dan dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, apabila tuduhan dibacakan kali kedua, tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas mendapat khidmat peguam.Farid dituduh mencuri buku bertajuk Decoding The Heaven dan The Sistine Secrets berharga RM194.90 di kedai MPH Bookstore, Mid Valley, di sini pada jam 7.15 malam, 27 Mac lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Majistret Mohd Faizi Che Abu menetapkan 18 Jun ini untuk perbicaraan.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar, manakala Farid diwakili peguam Nor Azri Mohd Arif.

Saya sengaja postkan berita ini walaupun telah dipaparkan dalam media perdana kerana kes ini sangat ironis. Si tertuduh iaitu "detektif Lim" dalam drama bersiri Gerak Khas seorang yang dikenali umum sebagai "pembanteras jenayah" melalui watak beliau dalam filem tersebut. Harga barangan yang dicuri pun taklah mahal sangat.Saya tidak percaya beliau tidak ada wang sebanyak itu utk membayar harga buku tersebut. Atau..adakah beliau dianiaya..ini pun kita tidak dapat sangkal. Yang jelasnya..inilah cabaran dan tekanan apabila menjadi public figure. Mau tak mau kena berusaha memberikan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat. Sememangnya manusia (seperti saya) mempunyai kelemahan. Kita kena bertekad untuk memberi yang terbaik kepada masyarakat sbg teladan walaupun itu pastinya tidak mungkin memuaskan hati semua pihak.

Tiada ulasan: