Pengikut

17 Mac 2009

PIN ???

Tajuk posting saya PIN..bukannya akronim Pelan Integriti Nasional tetapi memang PIN dan bukan juga "pin" yang sinonim dengan alat yang digunakan utk melekatkan sebarang benda khususnya kain/lampin, dll. PIN yang saya maksudkan ialah NO PIN, yang popular di kalangan para pelajar. Lazimnya menjelang permohonan memasuki IPTA, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan diserbu oleh lepasan sekolah yang berhasrat memasuki IPTA. Untuk mengisi borang online, mestilah membeli no.pin yang tertera pasword bagi membolehkan para pemohon melayari seterusnya melengkapkan borang permohanan secara online. Sejak keputusan SPM dan STPM diumumka, kaunter BSN diserbu di mana para pemohon berasak-asak berebut membeli no.pin. Apakah maksud saya paparkan isu ini?
Bagi daerah-daerah yang mempunyai perkhidmatan BSN memang beruntung. Tapi bagaimana nasib para pemohon yang berasal dari daerah yang tiada BSN seperti Pitas. Pastinya kelebihan dimiliki oleh pelajar yang ada kemudahan BSN yang dekat. Agak malang bagi Pitas, sudahlah berbelanja lebih dan bersaing dengan pemohon Kota Marudu, berhadapan lagi dengan risiko kehabisan no.pin.
Suatu ketika dulu, YB Rahim Bakri (baru setahun jadi YB dalam penggal pertama) melawat sekolah kami dan dlm sesi dialog saya mengutarakan persoalan masalah-masalah yang Pitas alami. Bukan sahaja isu PIN ini malah banyak lagi perkhidmatan dan kemudahan yang tidak ada di Pitas yang menyebabkan masyarakat kita ketinggalan. Misalnya penjualan "borang-borang" permohonan di Pejabat Pos. Iklan baru sahaja diumumkan dan kita berkunjung ke Pejabat Pos Kota Marudu..diorg kata dah habis. Tak logik betul ! Suatu ketika saya pernah membeli borang maktab perguruan dari Pejabat Pos Donggonggon kerana kononnya yang di KM dah habis. Nasib baiklah kerani pos di Donggonggon tu bekas murid saya. Borang-borang yang saya beli itulah yang saya agihkan kepada pelajar-pelajar saya. Waktu YB Rahim Bakri memberi jaminan tapi nampaknya setakat ini belum ada. Sekarang ni dah masuk penggal kedua dan pelajar kita terus ketinggalan.
Walaupun bukannya mudah kemudahan seperti bank, pejabat pos, dll dibuka di Pitas tetapi sekurang-kurangnya sebagai PEMIMPIN kita harus menunjukkan bukti bahawa kita telah berusaha. Mestilah kelihatan TELAH BERUSAHA dan bukan sekadar menjawab AKAN DIUSAHAKAN.
P/S : Pada 30 Mac 2009, GerbangPitas akan menemuramah YB Bolkiah Hj Ismail di pejabat beliau di Kota Kinabalu. Skop temuramah ialah pencapaian dan harapan beliau sempena genap setahun bergelar YB. Hasil temuramah akan dipaparkan di blog ini dan web Sabahkini. Kepada sesiapa pengunjung blog ini (Khususnya orang Pitas) yang berhasrat mengemukakan soalan kpd YB, sila tulis dalam ruangan ulasan atau email kepada saya. Digalakkan anda memberitahu nama sebenar.

Tiada ulasan: