Pengikut

13 Mac 2009

CATATAN MENJELANG CUTI

Cuti singkat semester pertama menjelang tiba. Minggu terakhir ini banyak sekali peristiwa yang 'mengujakan' perjalanan hidup :
  • Abang saya mengirimkan beberapa biji durian dari ladangnya..Uhhmmm..enak sekali. Skrg ni musim buah-buahan. Ladang durian saya di kampung baru berusia 5 tahun dan ada 21 pokok saja yg bertahan. Org kata durian ni degil dan perlu penjagaan rapi.Takpa..sekadar mencuba.
  • Saya telah menghantar surat permohonan menjadi pengedar buku kepada 74 syarikat/ penerbit atas nama Pustaka Pitas. Sekali lagi..tidak salah untuk mencuba.
  • Saya sempat mengunjungi keluarga mendiang Cikgu Nimrod yg meninggal dalam kemalangan di Jalan Kg Lajong-Kudat. Sangat menyayat hati. Beliau dikatakan hilang kawalan dalam perjalanan dari Kota Marudu ke Kudat selepas menemuduga calon guru sandaran di Kota Marudu sehingga lewat malam. Takziah untuk keluarga mendiang. Kita kehilangan guru yg berkaliber dan berdedikasi.
  • Semasa servis kereta di Kota Marudu..taukey muda berbual-bual dgn saya. Dia kata ekonomi sangat teruk skrg. Pendapatannya sangat menyusut. Majoriti pengguna semakin berhati-hati berbelanja. Saya mengakui kerana prestasi kedai makan milik saya di pekan Pitas juga agak merudum. Saya perlu menilai kembali hala tuju bisnes saya itu.
  • Padi di ladang saya semakin menguning. Mungkin hujung bulan ini akan menuai.Saya teruja kerana pengalaman pertama kali berladang. Saya bertungkus-lumus menyediakan stor penyimpanan padi.
  • Dah hampir seminggu tidak dpt melayari internet dari rumah. PC saya teruk"dihentam" virus dan belum sempat diambil dari kedai. Saya hanya tumpang sekaki dengan internet di sekolah. Dah lama saya tidak "menyampuk" dalam web pitas online.Sbg moderator rasa tak elok klu lama tak menjenguk isu-isu dalam forum web pitas online.
  • Saya akan berada di Beluran pada 14-17 Mac kerana ada seminar kepimpinan pelajar. Ada 3 sesi ceramah perlu disampaikan. Ini kali kedua saya mengunjungi Beluran.

Hidup ini unpredictable..tidak boleh diramal. Pemergian cikgu Nimrod dalam usia yg muda dengan legasi kerjaya, penglibatan gereja dan keluarga memberikan kesan yang mendalam dan bermakna. Di samping rasa hiba dan simpati kepada keluarga yang ditinggalkan (isteri dan 2 anak kecil), hati kecil tertanya-tanya akan garis hidup ini. Apakah kita yakin akan jaminan keselamatan? Apakah kita siap menghadap Tuhan?

Tiada ulasan: