Pengikut

07 Mac 2009

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Hari ini sekolah kami bersekolah seperti biasa kerana menggantikan cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Pada masa yang sama berlangsung majlis penyampaian wang KWAMP untuk 103 orang pelajar yang dianggap layak dengan nilai RM900.00 seorang. Bermaksud jumlah kesemua ialah RM92,700.00 untuk SMK Pitas...satu jumlah yang banyak.
Saya sisipkan pekeliling tentang KWAPM (klik ja tajuk itu) sebagai maklumat tambahan kepada anda semua. Melalui pekeliling ini jelaslah bahawa prinsip dan niat murni pihak kerajaan adalah benar-benar membantu golongan miskin sebagai sasaran. Walau apa pun sebab sesetengah golongan untuk 'meragui' keihklasan kerajaan dalam membantu meringankan beban kewangan di kalangan pelajar miskin, saya fikir penghargaan harus kita letakkan di tempat yang tertinggi. Berdasarkan pekeliling ini jelaslah bahawa beberapa amalan pelaksanaan di peringkat permohonan dan penyampaian wang ini sedikit tersasar dari landasan (dari segi DASAR), antaranya ialah :-
  • Semua pelajar adalah layak asalkan pendapatan keluarga di bawah garis yang ditetapkan. TIDAK MENGIRA BANGSA, AGAMA DAN FAHAMAN POLITIK.
  • Semua penerima akan terus menerima bantuan ini selagi memenuhi syarat yang ditetapkan, khususnya maklumat SMM pelajar lengkap. TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN PENGUNDIAN SEMASA PILIHANRAYA.
  • Penyampaian wang BOLEH dilakukan oleh sekolah dan TIDAK SEMESTINYA disampaikan oleh pemimpin politik, apatah lagi semasa musim pilihanraya.
  • Wang KWAPM adalah WANG RAKYAT dan BUKANNYA WANG INDIVIDU atau WANG PARTI. Maklumat ini harus disampaikan dengan tepat dan jujur oleh semua pihak.

Pada masa yang sama, saya fikir ada beberapa hal perlu dipertimbangkan agar manfaat wang benar-benar dinikmati oleh pelajar, iaitu :-

  • Pengurusan wang sebaiknya dikendali seperti biasiswa di mana sekolah ada autoriti utk mengawal jumlah pengeluaran dan penggunaan wang ini. Ini kerana majoriti ibu bapa di dapati menggunakan wang ini bukan lagi utk tujuan pendidikan anaknya. Kalau untuk membeli makanan ok lagi..klu untuk LOGOP..aramai tiii..lagi dashyat !
  • Semua sekolah memastikan maklumat SMM diisi dengan tepat dan telus. Ini bukan saja mengelakkan kes keciciran bahkan membolehkan hanya mereka yang layak yang menerima. Jangan sampai golongan kaya pula yang menerima dengan 'merampas' kuota golongan sasaran sebenar.

Kepada yang baru menerima wang tu..gunakanlah wang itu dengan berhemat. Wang itu bukan untuk minuman keras, sigup dan sebagainya....

1 ulasan:

sabahwatch berkata...

Terkini, sila lawati:
http://wwwsabahwatch.blogspot.com/