Sepanjang bulan Disember umat Kristian sibuk merayakan Krismas. Perayaan Krismas mempunyai makna yg sangat mendalam dalam jiwa umat Kristian kerana Krismas dari kata Christmas (Christ + Mass) yg boleh dipermudahkan maksudnya Misa Untuk Kristus. Namun saya tidak berniat berbicara lanjut dari segi itu. Saya mahu mengulas isu peruntukan untuk setiap perayaan dan pastinya tulisan saya merujuk kepada ahli Parlimen Kudat Datuk Rahim Bakri dan ADUN Pitas, YB Bolkiah Ismail.Pengikut
25 Disember 2008
PERUNTUKAN PERAYAAN
Sepanjang bulan Disember umat Kristian sibuk merayakan Krismas. Perayaan Krismas mempunyai makna yg sangat mendalam dalam jiwa umat Kristian kerana Krismas dari kata Christmas (Christ + Mass) yg boleh dipermudahkan maksudnya Misa Untuk Kristus. Namun saya tidak berniat berbicara lanjut dari segi itu. Saya mahu mengulas isu peruntukan untuk setiap perayaan dan pastinya tulisan saya merujuk kepada ahli Parlimen Kudat Datuk Rahim Bakri dan ADUN Pitas, YB Bolkiah Ismail.22 Disember 2008
KEMELESETAN EKONOMI
14 Disember 2008
PELABUR MEMILIH KERAJAAN YANG BOLEH DIPERCAYAI
07 Disember 2008
PEMBANGUNAN ASAS DI PEKAN PITAS
Sekembali dari menyampaikan ceramah kepada para belia di Kanibongan petang tadi, saya bergegas ke Dewan Serbaguna Pekan Pitas untuk bermain badminton. Kelab kami iaitu STARCOP (satu-satunya kelab sukan dan rekreasi di Pitas yang berdaftar dengan ROS) menggunakan dewan tersebut tiga kali seminggu. Namun kedatangan kami sebentar tadi di dewan disambut dengan pemandangan yang sangat jelek (bahasa Indon). Kami terkejut apabila mendapati separuh daripada papan lantai dewan telah terkopak dan menggelembung kerana basah oleh hujan. Apabila kami menginjak, kami dapat merasakan kaki kami berpijak di atas tilam lembut. Hujan dari atas/bumbung telah jatuh seperti air terjun mengakibatkan papan lantai rosak. Tambahan lagi papan yang digunakan bukan dari jenis berkualiti. Kami SANGAT KECEWA...KECEWA DAN KECEWA....03 Disember 2008
DATARAN BENGKOKA : MASA DEPAN LEGASINYA
rancangan pembinaan Dataran Bengkoka telah menimbulkan banyak polemik di kalangan masyarakat Pitas khususnya dari segi justifikasi nilai ekonomi, logisitik dan kewibawaannya mengangkat martabat Pitas. Kawan-kawan di pelbagai agensi kerajaan khususnya golongan pertengahan banyak memberikan input dan tidak kurang juga dari penduduk kampung. Bahkan terdapat juga segelintir yang memberikan pendapat yang lebih ekstrim iaitu adakan pungutan suara. Beberapa rakan meminta saya untuk mengulas ini dalam blog dan saya mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian. Saya mengulas dataran ini dari pelbagai sudut justifikasi dan berusaha meminimumkan sikap prejudis.- Pitas sememangnya memerlukan satu lokasi seperti dataran ini yang boleh dijadikan medan rekreasi warga Pitas dan dari luar.
- Nama Dataran Bengkoka bagi saya kurang sesuai kalau mengambil kira nama Bengkoka itu sendiri yang merujuk kepada Sungai Bengkoka yang jauh tersasar dari segi lokasi. Saya hairan apa masalahnya kita namakan saja Dataran Pitas atau nama lain.
- Sepanjang pengetahuan saya kebanyakan lokasi espanalade berdekatan dengan pekan/ bandar seperti di Kudat, Sipitang dan KK sendiri. Saya bimbang sudahlah pekan Pitas sendiri masih lengang
, pembangunan dataran ini pasti mewujudkan persaingan yang kurang baik dalam pembangunan pekan sendiri kerana agihan tumpuan masyarakat. - Dari segi lokasi pada prinsipnya sesuai juga kerana menghadap Kudat dan Teluk Marudu namun anda pemandangan di persekitarannya kurang enak. Dihimpit oleh dua buah kampung yang sangat dekat bukanlah pemandangan yang sihat. Kalau kerajaan dan penduduk kampung tidak berkorban untuk dialihkan bermaksud lokasi yang jauh lebih cantik haruslah dicari. Bahkan jeti yang berada betul-betul di sebelah dataran telah mencacatkan suasana.
- Kita hanya boleh menikmati suasana tetapi untuk menikmati pantai dan air laut di sana saya rasa tidak mungkin. Saya berasa kurang bersedia menikmati suasana mandi manda di sana...anda pasti boleh meneka sebabnya. Dari segi pasir..itu perkara mudah. Ada duit...boleh jadi apa saja.
Kesimpulan saya : Secara prinsip saya bersetuju bahawa Pitas memang perlukan tempat seperti itu. Kalaulah Pekan/Bandar Pitas di tepi laut saya rasa makin mantaplah suasananya. Namun saya kurang setuju dengan pemilihan nama Dataran Bengkoka. Pada masa yang sama saya beranggapan bahawa kedua kampung bersebelahan HAMPIR MUSTAHIL untuk dipindahkan maka kita kena terimalah hakikat bahawa dataran itu hanya menyajikan suasana dan tidak lebih dari itu. Dengan latar belakang sebagai bekas kawasan industri dan pusat PATI, sejauhmana pihak berkuasa
membersihkan kawasan darat, pesisiran laut dan dalam perairan tidak dijamin. Kerajaan juga harus memberikan jaminan bahawa dataran tersebut tidak merencatkan proses pembangunan dan tumpuan masyarakat di Pekan Pitas. Kalau tempat itu sudah dibangunkan dan semua 'traffic volume' tertumpu ke sana...ini musibah kepada pekan Pitas. Dalam pada itu oleh kerana pembangunan di dataran itu telah berjalan...saya mencadangkan agar satu lagi lokasi yang benar-benar selamat, 'sihat' dan berkualiti dibangunkan yang benar-benar berkonsepkan pusat perkelahan yang mana semua pengunjung benar-benar menikmati suasana pantai, pasir, ombak, air laut dan mandi-manda yang memberikan nostalgia. Pitas mempunyai lokasi itu dan kita beruntung kebetulan YB kita menerajui kementerian pelancongan...apa lagi !
P/s : terima kasih kpd PoNet yang meletakkan blog saya dlm web anda dan terima kasih 'meminjamkan' gambar anda untuk tulisan saya ini.
