
Saya bertugas di SMK Pitas di sebelah dewan tersebut.Justeru kami ada sebab untuk kecewa kerana kami telah merekodkan kekerapan dewan ini diperbaiki dan dinaiktaraf. Sejak beberapa tahun kebelakangan dewan ini telah menerima peruntukan sebanyak 3 kali dengan kapasiti pembaikan dan menaiktaraf. Dewan ini juga perbaiki/dinaiktaraf semasa pelancaran Mahkamah Bergerak peringkat negeri oleh Ketua Hakim Negara ! Jumlah kos projek terkumpul mencecah RM300,000 ribu dan inilah hasilnya ! Saya mempelawa anda melawat dewan tersebut sekarang. Kos sebanyak itu boleh digunakan untuk menyiapkan sebuah dewan serbaguna tapi inikah hasil daripada wang tersebut ?
Dewan ini merupakan satu-satunya dewan serbaguna yang ada di Pekan Pitas. Dibina semasa era PBS (memang sudah cukup lama/uzur). Dewan boleh diklasifikasikan sebagai kemudahan asas dan SEPATUTNYA kita sudah ada dewan yang lebih besar dan cantik di kawasan Pekan. YB kita yang sebelum ini selama 3 penggal dan memegang porfolio dalam kementerian belia sukan kemudian di kementerian luar bandar SEPATUTNYA memiliki kapasiti yang besar untuk menyalurkan pembangunan di Pekan Pitas...sekurang-kurangnya sebuah dewan yang boleh menjadi identiti dan nadi aktiviti. Sekarang YB MP kita Timbalan Menteri Luar dan YB ADUN pula di kementerian pelancongan....Mari bersama saya mengira detik waktu melihat kewujudan sebuah dewan melalui MP dan ADUN kita ! Sangat menyedihkan apabila sentiasa diwarwarkan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan prihatin tetapi lihatlah Pekan Pitas....penduduknya mengemis di dewan yang dah berusia hampir 20 tahun !
Pastinya selepas ini..satu lagi papan tanda akan berdiri megah di sebelah dewan memaparkan frasa "satu lagi projek kerajaan BN" kononya untuk memperbaiki dan menaiktaraf dewan. Kitaran wang rakyat terus berlangsung entah masuk kemana......kasihan Pitasku !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan