Pengikut

11 Ogos 2008

KOPERASI KAKITANGAN AWAM PITAS

Hari ini kalau semuanya berjalan seperti yang dirancang, satu lagi sejarah baru untuk Pitas akan dicatat. Mesyuarat penubuhan protem komiti penubuhan Koperasi Kakitangan Awam Pitas dibentuk yang di pengerusikan sendiri oleh DO dan saya salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (kuota pendidikan). Matlamat koperasi ini adalah sebagai agen pemacu pembangunan Pitas dengan niat ingin turut terlibat dalam peluang-peluang perniagaan yang masih terbuka luas di Pitas, khususnya yang berorientasikan perkhidmatan. DO berkata bahawa sudah banyak usaha untuk membawa pelabur ke Pitas namun sambutan sangat dingin. Justeru koperasi merupakan salah satu cara dengan memfokuskan kepada perniagaan perkhidmatan seperti hartanah, dewan, supermarket, perbankan (kerjasama Bank Rakyat), driving range, perhotelan, ketaring dan banyak lagi. Sasaran awal ialah 100 orang peserta dengan kadar syer 1 unit bernilai RM100. Pendidikan diberikan kuota seramai 20 ahli dan saya yang bertanggungjawab mencari ahli. DO memberikan jaminan bahawa apabila koperasi ini telah mendapat sijil, beliau akan memberikan peluang dalam kontrak untuk mendapatkan modal pusingan. Pegawai koperasi yang hadir memberi jaminan bahawa sesebuah koperasi yang aktif, selepas 18 bulan akan layak mendapatkan pinjaman sehingga RM5 juta.
Walaupun komitmen saya sudah terlalu banyak namun saya memberikan ruang untuk koperasi kerana memikirkan matlamat murni ke arah memacu pembangunan di Pitas. Saya yakin kalau semua orang melihat dengan positif, bekerja keras dan bersatu, matlamat koperasi ini akan tercapai. Ya...bukankah koperasi itu sendiri bermaksud syarikat kerjasama. Tidak ada yang mustahil selagi semangat kerjasama itu dipupuk dan dikekalkan. Bahkan Tuhan juga 'senang bekerja' apabila umatNya bersatu.
Nak menjadi ahli koperasi...anda haruslah kakitangan awam yang sedang berkhidmat di mana-mana agensi kerajaan di Pitas. Hubungi saya sebelum terlambat.....

1 ulasan:

IsOn berkata...

Pada 15-17 Ogos yang lalu telah diadakan seminar kepimpinan Kimaragang di Toronsoko Resort Pitas. Seminar yang dihadiri oleh para graduan dan golongan profesional Kimaragang telah membincangkan isu2 penting tentang suku kaum Kimaragang. Antara lain perkara yang dibincangkan ialah penubuhan koperasi seperti ini yang dapat menjadi medium kepada suku ini untuk turut terlibat dalam sebarang usaha pembangunan kawasan Tandek dan Pitas yang majoriti penduduknya ialah Kimaragang.