Pengikut

09 Ogos 2008

Yang Terbesar Adalah KASIH (edisi kemaskini)

Benarlah pepatah Cina yang berbunyi " sekeping gambar boleh menggantikan 1000 perkataan " . Gambar di atas adalah situasi 'kelam kabut dan tolak menolak' yang berlaku di dalam dewan tempat berlangsungnya forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu. Sekumpulan orang yang mendakwa mewakili badan-badan NGO Islam merempuh masuk dan memaksa penganjur menghentikan forum. TV3 melaporkan bahawa seramai 10,000 orang berhimpun walaupun realitinya hanya sekitar 1000 orang yang hadir. Ramai rakan-rakan yang meminta saya memberikan komen namun atas pelbagai kapasiti saya harus berhati-hati memberikan komen. Media hari ini, 12 Ogos melaporkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Simon Sipaun (nain presiden SUHAKAM) tentang forum tersebut. Kenyataan beliau merupakan pandangan peribadi namun mempunyai banyak makna simbolik dan menarik untuk dikongsikan. Antara pandangan beliau ialah :
  1. " Forum seumpama itu harus dibenarkan kerana kita tidak dapat mengatasi masalah dengan menganggap bahawa masalah itu tidak ada"
  2. "Kekacauan tidak dilakukan oleh Majlis Peguam tetapi dicetuskan oleh penunjuk perasaan yang berada di luar forum "
  3. "Sensitiviti adalah yang subjektif dan tidak bermakna jika ia adalah sensitif maka semua pihak langsung tidak mempedulikan perkara itu"

Saya paparkan kata-kata beliau yang terakhir (tanpa edit) "Anda boleh membincangkan agama saya, bagi saya itu tidak sensitif. Jika anda fikir agama saya silap, biarlah. Jika kita berpegang kuat kepada ajaran agama, tidak ada sebab untuk kita menjadi bimbang "

Saya teruja dengan kata-kata beliau yang sangat tepat, halus, simbolik dan penuh makna. Saya menambah....tindakan yang jahat berasal dari hati yang jahat !

1 ulasan:

The Momogun berkata...

Saya pun setuju dengan kata-kata Tan Sri Simon S tersebut.

saya respek dengan kata-katanya yang sederhana tetapi hakikatnya itulah kebenaran.