Pengikut

06 April 2008

PEMBANGUNAN MODAL INSAN


Bertemu kembali....sementara menantikan gambar yang berkaitan kelab sukan dan persidangan sinoda PCS baru-baru ni....saya mengambil peluang berkongsi idea tentang modal insan. Gambar yang anda lihat adalah sekumpulan kanak-kanak di kawasan hulu Pitas yang begitu gembira semasa menerima bantuan alat tulis daripada NECF. Kerajaan kita di bawah pimpinan Pak Lah telah meletakkan Pembangunan Modal Insan sebagai antara matlamat utama (bahkan menjadi modal kempen.....). Pada kali ini, saya tidak berniat mengulas lebih lanjut tetapi saya membuka blog ini untuk kita berkongsi pendapat tentang keyakinan kita terhadap pencapaian matlamat kerajaan ini. Adik-adik kita di atas merupakan generasi masa depan kita ? Justeru pembangunan modal insan yang diwarwarkan sepatutnya mereka nikmati dalam semua aspek....pembangunan fizikal (contoh : makanan seimbang) Intelek dan Emosi. Persoalannya ?
1. Sepanjang pengetahuan anda..apakah pengisian slogan pembangunan modal insan yang kerajaan telah lakukan ?

2. Apakah pengisian tersebut dinikmati secara menyeluruh oleh semua kaum?kawasan? Tanpa mengira ideologi ?

3. Apakah anda ada cadangan dalam isu ini ?

Ya...generasi ini perlukan lebih dari apa yang kita fikirkan perlu......

3 ulasan:

Vidic berkata...

Kerajaan mmg telah mengetengahkan hal berkaitan dgn pembangunan modal insan tetapi pelaksanaannya tidak dikaji secara menyeluruh dlm semua aspek.. Kalau dilihat penerapan pembangunan modal insan di universiti sendiri, pihak atasan universiti lbh banyak menumpu dlm aspek ceramah berkaitan dgn modal insan...Lagi satu pendapat saya kerajaan kurang melihat pembangunan modal insan itu di kalangan kanak-kanak khususnya yg tinggal di kawasan pedalaman...

AlphaMan berkata...

Hai Saudara Maklin,

Plz try this link to get ur HIT COUNTER for your blog;

http://easy-hit-counters.com/

tq

Vincent J.(The AlphaMan)
Kota Marudu

AlphaMan berkata...

My cooment on your topic,

Salah satu hasrat KPM adalah untuk
membangunkan modal insan yang
memiliki penampilan unggul untuk
mendukung cita-cita negara serta
menyediakan kepimpinan yang utuh
(towering
personality).
Seseorang
dengan penampilan unggul mem-
punyai ciri-ciri berhemah mulia,
berpendidikan serta berjaya dalam
bidang yang diceburi. Di samping itu,
seseorang yang memiliki penampilan
unggul akan memiliki sifat-sifat
seperti amanah, berbudi pekerti, rajin,
berdisiplin, ikhlas dan tekun dalam
semua usahanya. Cabaran KPM adalah
untuk menyemai nilai-nilai yang akan
menghasilkan
perwatakan
pelajar
yang unggul. Menyedari bahawa
perancanganuntukmelahirkangenerasi
dengan sifat keunggulan adalah
tanggungjawab yang berat, usaha
ini harus dilakukan secara berterusan
dengan penggemblengan tenaga dan
komitmen jitu daripada semua pihak.


Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan KPM
sepanjang tempoh RMKe-9 adalah:
• Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar;
• Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran;
• Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar melalui:
– pemantapan kurikulum
– pemantapan program kokurikulum
– pemantapan program sukan
– pembudayaan adab dan budi bahasa
– pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
– pengukuhan disiplin pelajar; dan
• Memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian pelajar.

NOW, persoalannya, sejauh mana program ini akan dapat dilaksanakan memang menjadi persoalan???

NANTI SAYA SAMBUNG....

ALPHAMAN