Pengikut

15 April 2008

KENALI DAERAH PITAS

Setelah diiktiraf sebagai sebuah daerah penuh hampir 30 tahun yang lalu http://www.sabah.gov.my/pitas/ barulah Daerah Pitas amnya dan Pejabat Daerah Pitas khususnya mempunyai website sendiri. Perkembangan ini sangat dialu-alukan walaupun dianggap 'agak lambat' namun sekurang-kurangnya memperlihatkan bahawa Pitas tidak ketinggalan dalam beberapa aspek. Blog ini akan cuba menyorot perkembangan Pitas secara menyeluruh dan menelurusi cabaran-cabaran yang menghambat pembangunan dan kemajuan Pitas dalam semua aspek. Justeru saya mengalu-alukan perkongsian pendapat daripada semua pengunjung blog ini, khususnya orang tempatan yang mempunyai maklumat dan idea yang pastinya lebih lengkap dan mantap supaya percambahan idea menjadi lebih menarik dan terarah. Sebagai gambaran awal, beberapa isu yang menarik untuk disorot ialah :
  • Struktur pentadbiran yang meletakkan Pitas di bawah daerah Kudat dilihat melambatkan pembangunan
  • Persempadanan politik
  • Pitas berdaya saing sebagai pengeluar...konsep produk setempat
  • Sistem pemasaran yang produktif
  • Bagaimana membangunkan Pekan Pitas
  • Penghijrahan belia yang tinggi....produktiviti temptan menurun
  • Jaringan jalan raya
  • Membangunkan sektor pelancongan di Pitas...berkonsepkan apa?
  • Membina jaringan dengan NGO dalam dan luar negara
  • Dan banyak lagi.....

Saya membuka blog ini...anda boleh memulakan langkah awal berkongsi idea, maklumat dan cadangan untuk setiap isu yang dikemukakan.....


1 ulasan:

gwen berkata...

Wujudkan Institusi bank di daerah pitas.Setahu saya BSN(bergerak) ada buka cawangan di daerah pitas tetapi cuma pada hari Isnin dan Rabu,ternyata ia meringankan beban penduduk yang dahulunya ke terpaksa kota Marudu untuk berurusan dengan bank.Kesan sampingannya...kedai-kedai pasti boleh maju...sebab pasti orang dari bank nak beli belah selepas keluarkan duit....he2 tak payah susah2 pegi kat more chance ke milimewa ke..he2