Bertemu kembali....saya akan mulai berkongsi fakta dan pandangan menyeluruh tentang Pitas. Kita akan 'mengembara' bersama bersama realiti dan harapan masa depan Pitas dalam beberapa aspek yang dilihat menjadi kekuatan Pitas.
Suatu masa lalu, nama Pitas sinonim dengan daerah Kudat. Ramai yang beranggapan bahawa Pitas adalah Kudat.Golongan veteran masih dengan pemikiran bahawa 'Pitas di bawah Kudat'. Ini disebabkan sebelum tahun 1975, Pitas ditadbir oleh daerah Kudat. Semua urusan pentadbiran dilakukan di Kudat dengan menggunakan motorbot menyeberangi Teluk Marudu yang memakan masa perjalanan sekitar 3 jam. Pada masa yang sama, sewaktu zaman Jepun, ramai orang Cina di Kudat yang melarikan diri ke Pitas dan membuka petempatan di tebing-tebing Sungai Bengkoka. Oleh itu penduduk tempatan akan menumpang motorbot peniaga Cina ke Kudat untuk memasarkan hasil pertanian. Pada tahun 1975, Pitas dinaiktaraf menjadi daerah penuh dengan wujudnya cawangan beberapa agensi kerajaan seperti JKR, Pondok Polis, Pendidikan dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, dengan kemudahan dan bilangan staf yang terhad, tidak banyak urusan rasmi yang dapat diselesaikan di Pitas. Kebanyakan masih merujuk di Kudat. Menjelang awal 80-an tapak Pekan Baru Pitas telah dikenalpasti dengan bermulanya pembinaan bangunan Urusetia (yang mula digunakan pada tahun 1984... kalau tak silap) dan SMK Pitas, 1986 (saya/kami adalah generasi pertama yang menggunakan bangunan SMK Pitas yang baru). Sejak itu Pitas mulai berubah wajah dengan lebih banyak agensi kerajaan dibuka(dinaiktaraf) di Pitas. Apabila jalan raya ke Kota Marudu mulai boleh digunakan...penduduk mulai menggunakan kereta menuju ke Kudat. Pengangkutan melalui laut semakin tidak popular...sehinggalah 'menutup operasi' sekitar tahun 1997. Walaupun Pitas dikatakan menjadi daerah penuh namun pada dasarnya masih banyak agensi kerajaan yang 'belum berdikari' kerana masih bernaung dari Kudat sepert, JKR, Jabatan Air dan Jabatan Kesihatan.
Mungkin kita beranggapan bahawa imbasan ini hanyalah realiti sejarah namun kalau kita perhalusi keadaan inilah yang banyak melambatkan pembangunan di Pitas malahan banyak menyumbang kepada kemiskinan tegar. Perkara ini boleh dibuktikan dalam beberapa aspek, iaitu :
Pada waktu itu hanya peniaga Cina yang mampu memiliki geran-geran tanah (dengan saiz yang luas) Kenapa? Kerana mereka telah terdedah dengan kepentingan, pengetahuan proses pengurusan tanah dan kemampuan ekonomi. Menurut rekod Jabatan Tanah Pitas, pemilikan geran pada waktu itu (sekitar 1960/70-an) dikuasai oleh orang Cina.Agak mengecewakan kerana walaupun mereka bukannya penduduk tempatan tetapi mendahului dalam aspek ini. Pemilikan tanah secara bergeran merupakan satu 'kekayaan' yang memampukan mereka menjana ekonomi mereka.
Oleh kerana semua urusan di lakukan di Kudat....kita boleh mengandaikan berapa ramai orang tempatan yang mampu pergi ke Kudat. Misalnya dalam aspek pendidikan, boleh dibilang dengan jari orang tempatan yang mampu meneruskan pendidikan ke Kudat (kerana SMK yang awal hanya wujud di Kudat waktu itu). Begitu juga urusan lain seperti projek, bantuan dan banyak lagi.
Oleh kerana Kudat merupakan daerah Induk, bolehlah dianggap bahawa Pitas hanyalah sebuah kampung pada waktu itu. Oleh itu pastilah peruntukan untuk membangunkan Pitas tidak disalurkan mengikut keperluan sasaran yang sebenar. Tambahan lagi pada waktu pengangkutan utama melalui laut dan sungai.
Oleh itu, saya beranggapan bahawa faktor asas kemunduran Pitas banyak dipengaruhi oleh sistem pentadbiran yang bernaung di Kudat. Dalam semua aspek bolehlah dikatakan bahawa Pitas hanya menerima 'sisa'...kalau ada lebih barulah dihantar ke Pitas. Berdasarkan realiti sejarah Pitas, saya berpendapat bahawa Pitas telah ketinggalan 20 tahun dalam semua aspek. Oleh itu, sewajarnya pihak berwajib mengadakan 'task force' yang istimewa untuk Pitas supaya Pitas boleh bersaing dengan kadar yang lebih cepat. Faktor sejarah ini membuktikan bahawa Pitas memerlukan 'sentuhan' perkhidmatan yang ikhlas dan sepenuh hati dari semua peringkat kepimpinan sama ada dari perkhidmatan awam mahupun politik. Benarlah kata-kata pujangga bahawa Sejarah Tidak Pernah Berbohong.....
7 ulasan:
Promote lagi uncle blog GerbangPitas ini...
mcm ckg dpt statistik berkenaan pitas yg dianggap daerah termiskin di malaysia? ada website tu ka atau data2 tersimpan?
He likes to read...because he's really like to read.
saya pun perlukan data-data tu.hehehe. sebagai perancang bandar, mb suatu hari nanti saya perlukan semua data-data tu untuk membentuk pelan pembangunan pitas...saya mau bersama-sama memajukan daerah ini....
boleh cikgu tolong emailkan web site pasal data ni?
me_east86@yahoo.com
Oleh itu, sewajarnya pihak berwajib mengadakan 'task force' yang istimewa untuk Pitas supaya Pitas boleh bersaing dengan kadar yang lebih cepat. Faktor sejarah ini membuktikan bahawa Pitas memerlukan 'sentuhan' perkhidmatan yang ikhlas dan sepenuh hati dari semua peringkat kepimpinan sama ada dari perkhidmatan awam mahupun politik.
** saya bersetuju dengan hal ini. sebelum ini saya menjadi seorang pengkrtik dalam rumah.
banyak hal yg saya kritik ketika perbincangan dalam keluarga saya. terutama sekali dalam sistem perkhidmatan oleh jabatan-jabatan kerajaan di daerah kita. sebagai contoh:
1. lelaki tua telah di tengking oleh petugas yang bergelar "KERANI" di kaunter Pendaftaran negara... tindakan saya.. saya..saya tegur perempuan itu n ingatkan dia semula polisi perkhidmatan kerajaan n dia tersenyum kelat..*baru dia tau
2. lelaki yg bekerja di jbtn pertanian. entah pegawai or stakat tukang kebun. tiap kali penduduk kampung terima subsidi...dia dah standby duduk dekat bank nak minta uang kopi kerana alasan tolong urus subsidi padi..pui..pa punya orng.... hari tu dah hntr laporan p BPR tapi xtahu sudah amik tindakan or belum...
hmm saya ni takut juga kalu komen saja..then fam saya akan dapat susah koz komen saya ni D.O pun akan baca...
so...jangan lah salah anggap ya semua pegawai or pekerja kerajaan kerana saya hanya meluahkan apa yang saya rasa...n itu tanggungjawab saya sebagai "ORANG YANG TAHU"...
sekadar luahan.....
Based on 2004 statistics, Malaysia’s overall poverty rate stands at 5.7 per cent and the level of hardcore poverty is 1.2 per cent. Sabah’s poverty rate for the same year is 23 per cent. Sabah is also home to the highest number of hardcore poor families at 19,534. Of this number, 11.4 per cent are in Pitas.
Source: The New Straits Times Press (M) Berhad
Pitas indeed a place potential large to be developed only them know district early history Pitas.so, as local people pitas should act abreast of developments exponential,but should act base integrity value...
Catat Ulasan