Pengikut

31 Mac 2008

RANCANGAN DAN TINDAKAN

Petang tadi saya menemui Pegawai Daerah Pitas, En.Sapdin Ibrahim. Perbincangan yang agak lama menyentuh 4 perkara utama, iaitu :
1. Bertanyakan perkembangan rayuan penyambungan projek jalan raya Pandan-Pinapak-Maliau. Profail rayuan telah saya hantar Oktober 2007. Projek ini diluluskan dalam RMK7 tetapi terbengkalai sehingga sekarang. Laluan projek jalan raya ini meliputi kawasan yang belum ada jalan raya di Pitas dengan kapasiti penduduk sekitar 1000 orang. Rayuan penyambungan telah saya kemukakan di JPM dan KPLBW. RESPON BELIAU : Projek ini sentiasa dalam perhatian dan berusaha mendapatkan peruntukan. Beliau menambah bahawa projek-projek yang besar memerlukan usaha dan kerja keras YB dan eksekutif kerana persaingan yang tinggi mendapatkan peruntukan.
2. Bertanyakan tentang persiapan sambutan Pesta Menuai peringkat Daerah Pitas.Saya menyuarakan perasaan hairan kerana KDCA tidak dijemput ke mesyuarat. Beliau menyatakan bahawa ADO telah diberi mandat mempengerusikan sambutan dan sepatutnya KDCA diberi peranan. (Saya sebenarnya lebih suka kalau tidak diberi peranan tetapi oleh kerana kapasiti sebagai Pengerusi KDCS Pitas dan Ahli Majlis Tertinggi KDCA, biasanya KDCA Pusat akan merujuk banyak perkara kepada saya. Oleh itu saya kena tahu perkembangan di daerah)
3. Menyampaikan Surat Rayuan Ke-2 para peniaga di gerai papan tapak tamu Pekan Pitas yang memohon agar jalan raya di kawasan mereka rosak dan menyebabkan perniagaan mereka mengalami kerugian kerana pelanggan tidak mahu melalui kawasan tersebut. Beliau memberi jaminan untuk mengambil perhatian dan mengesahkan bahawa kawasan tersebut telah dimasukkan dalam cabutan projek akan datang.
4. Saya mempromosi dan menawarkan 'perkhidmatan blog gerbangpitas' sebagai satu alternatif memaparkan perkembangan dan keperluan pembangunan di Pitas. Beliau meminta alamat blog dan berjanji mengambil perhatian.
Saya gembiran kerana DO Pitas merupakan seorang pegawai kerajaan yang prihatin, cara kerja yang profesionalis dan personaliti yang baik. Semua rancangan adalah baik tetapi menjadi yang terbaik kalau mengambil langkah untuk bertindak. Dengan kemampuan yang terhad, saya berusaha membantu mana-mana ruang yang ada di daerah Pitas. Paling penting ialah perbincangan dua hala haruslah sentiasa dibuat oleh semua kelompok agensi perancang dan pelaksana. Perbincangan yang jujur dan tanpa prejudis pasti akan mempercepatkan kejayaan perancangan dan tindakan.
Semoga berjumpa lagi. Pada masa akan datang saya akan berkongsi tentang kelab sukan dan rekreasi yang pertama didaftarkan di ROS di daerah Pitas. Sebagai antara pengasas kelab dan sekarang sebagai setiausaha, kami berusaha mencapai matlamat dan objektif kelab ini.

1 ulasan:

Duke of "eastaring berkata...

. Bertanyakan perkembangan rayuan penyambungan projek jalan raya Pandan-Pinapak-Maliau. Profail rayuan telah saya hantar Oktober 2007. Projek ini diluluskan dalam RMK7 tetapi terbengkalai sehingga sekarang. Laluan projek jalan raya ini meliputi kawasan yang belum ada jalan raya di Pitas dengan kapasiti penduduk sekitar 1000 orang. Rayuan penyambungan telah saya kemukakan di JPM dan KPLBW. RESPON BELIAU : Projek ini sentiasa dalam perhatian dan berusaha mendapatkan peruntukan. Beliau menambah bahawa projek-projek yang besar memerlukan usaha dan kerja keras YB dan eksekutif kerana persaingan yang tinggi mendapatkan peruntukan.
saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh DO ni...
juz kecewa dengan apa yang beliau lakukan. apa yang sudah dia buat? HE DO NOTHING!!!