Pengikut

28 Mac 2008

MEMINIMAKAN PENDERITAAN RAKYAT



Jam 9 pagi tadi...rumah jiran saya, En.Junero hangus terbakar.Punca kebakaran masih tidak diketahui. Semasa kebakaran hanya anak mereka berumur 13 tahun (pelajar saya) yang berada di rumah kerana mereka sekeluarga menolong jiran mereka yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. En.Junero merupakan aktivitis gereja dan masyarakat. Punya kemahiran bermuzik, membuat bata blok, tukang kayu(rumah) dan banyak lagi kemahiran. Semasa saya tiba, rumahnya telah hampir hangus dan apabila saya mendekati beliau, saya dapat merasakan kesedihan dalam hatinya. Memang musibah hidup tidak dapat diramal, namun dalam kes-kes seperti ini, majoriti berpendapat bahawa sekiranya ada Balai Bomba di Pitas, pasti masih ada ruang untuk meminimakan kesan kebakaran. Pada waktu saya kembali ke rumah barulah kelihatan sebuah kereta bomba sampai....tanpa membawa bekalan air ! Saya melihat kejadian itu dengan hati yang menyampah, kecewa dan geram. Sudah banyak kes seperti ini yang berlaku. Musibah kebakaran yang tidak dapat dibendung dengan segerea kerana ketiadaan balai bomba. Pada tahun lalu, rakan saya En.Mosibin (staf KPD, Pitas) juga mengalami musibah yang sama malahan lebih teruk kerana salah seorang anaknya rentung !
Sudah berpuluh tahun rakyat Pitas merayu agar sebuah balai bomba didirikan di Pitas namun kerajaan selalu memberi alasan ketiadaan peruntukan, kapasiti penduduk yang belum layak dan banyak lagi. Tambahagn lagi pemimpin politik dari dulu sentiasa 'lalai' dengan hal ini. Bagi saya, kalaupun tidak sebuah balai bomba yang lengkap didirikan, memadailah sekiranya sebuah 'mini balai bomba' dengan kemudahan alat pemadam api yang asas disediakan. Inilah yang selalu membingungkan saya dalam hal 'maksud pembangunan' yang sebenar. Kos penghantaran 'percutian' angkasawan kita boleh menyamai kos pembinaan 5 balai bomba. Pertukaran nama Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran juga membabitkan peruntukan yang besar....dan banyak lagi agenda pembangunan yang dibanggakan tetapi sejauhmana memenuhi keperluan sasaran (pedalaman)?......
Kita tidak dapat meramal musibah. Kita tidak dapat mengelakkan musibah. Tetapi 'kerajaan' boleh meminimakan penderitaan rakyat ekoran musibah. Pertama...merancang dan melaksana pembangunan asas (seperti balai bomba). Kedua....mewujudkan tabung kebajikan (bantuan segera) bagi meringankan beban pada masa kritikal.
Berbalik kepada kes En.Junero...atas kapasiti saya dalam beberapa organisasi, saya cuba membantu beliau. Mujur tadi...gereja PCS pekan Pitas masih ada lebihan kain terpakai yang saya usahakan tahun lalu.Kami segera hantar kepada beliau. Anda terbeban? Hubungi saya.....satu sen bantuan anda akan saya sampaikan kepada beliau. Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan penghiburan kepada beliau sekeluarga.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana anda ada usaha membantu orang susah. Macam mana hantar bantuan?

Duke of "eastaring berkata...

saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga ini... saya tidak dapat membantu apa-apa kerana saya belum bekerja lagi. tapi saya boleh terus berdoa agar Tuhan akan sentiasa memberikan penghiburan dan juga kekuatan kepada keluarga mangsa. Sampaikan salam dari saya, Steven Dundang