Pengikut

27 Mac 2008

TANAH : WARISAN KITA



Pertama sekali saya bersyukur kerana dalam tempoh 72 jam blog ini mulai dikunjungi oleh orang ramai, khususnya di kalangan rakan-rakan. Respon yang positif memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan blog ini. Saya yakin bahawa KASIH ...tidak pernah gagal. Perjuangan untuk membantu orang lain haruslah dimanifestasikan dalam semua sudut. Prinsip saya...sebarang kelebihan yang ada pada kita dianugerahkan oleh Tuhan untuk membantu yang berkekurangan. Saya mulai teruja membuka blog ini apabila saya melayari blog Screenshot, milik Jeff Ooi. Perjuangan beliau melalui blog sangat membantu, malahan beliau juga pernah menyiarkan kemiskinan di Pitas dalam blog beliau. Jeff Ooi akhirnya masuk DAP dan menang di MP Jelutong.
Salah seorang pengunjung blog gerbangpitas menanyakan pendapat saya tentang isu birokrasi pengurusan tanah yang ditimbulkan oleh MP Kinabatangan, Datuk Bung. Saya sangat bersetuju dengan cadangan YB Bung ini. Birokrasi pada dasarnya prinsip yang baik dalam sistem pentadbiran (saya mengajar topik ini dalam subjek Pengajian Am, Tingkatan 6) namun birokrasi yang keterlaluan apatah lagi kalau diwujudkan semata-mata supaya ada gate antara jentera kerajaan dengan masyarakat sangat menyusahkan, khususnya di kalangan penduduk kampung. Birokrasi akhirnya mewujudkan penyakit rasuah kerana semua orang mahu jalan pintas untuk meyelesaikan urusan. Apabila rasuah maka....yang senang tambah senang...yang miskin terus papa kedana.
Berkenaan dengan birokrasi tanah di negeri Sabah...bagi yang pernah mengurus geran tanah masing-masing pasti ada pengalaman pahit. Saya telah memulakan pengurusan geran tanah (daripada zero) untuk tapak rumah saya pada tahun 2002. Anda tahu sekarang di peringkat mana?Baru saja minggu ini (24.3.2008) final check daripada Jabatan Ukur di tapak tanah saya. Pengurusan ini dianggap cepat kerana sejak tahun 2002, setiap 3 bulan saya berjumpa pegawai berkaitan bertanyakan perkembangan. Bayangkan bagaimana dengan orang kampung yang 'tidak apa-apa' dan 'tidak tahu apa-apa'....sekadar menunggu bulan jatuh ke riba. Tunggu punya tunggu....syarikat sudah menyukat halaman rumahnya.
Tanah adalah masa depan bagi masyarakat miskin yang bergantung kepada tanah. Justeru pada tahun 2002, saya dan beberapa rakan telah menganjurkan Seminar Pengurusan Tanah NT sempena Kolokium Kemerdekaan di Dewan Masyarakat Pitas. Seminar ini cuba menyedarkan dan membimbing penduduk bagaimana mengurus permohonan tanah. Namun impak seminar ini kurang mantap kerana hanya dianjurkan oleh 'kumpulan yang terbeban' dan bukan agensi kerajaan ataupun pemimpin politik.
Saya terus berharap agar pemimpin sedia ada memainkan peranan dalam soal tanah, iaitu :
  1. Mendidik masyarakat tentang sistem birokrasi pengurusan tanah
  2. Memastikan hanya penduduk asal yang diberikan hak
  3. Menjadi pemudahcara dalam pengurusan tanah
  4. Mengenalpasti keperluan di peringkat agensi untuk mempercepatkan proses
  5. Mengenalpasti satu 'pelan tindakan' seperti permohonan secara berkelompok agar proses pengukuran lebih cepat dan meminimumkan perbelanjaan.
  6. Tegas dalam sebarang perkara berisiko di mana tanah berpotensi dimiliki oleh mereka yang tidak berhak.

1 ulasan:

Duke of "eastaring berkata...

saya sangat bersetuju dengan cadangan yang cikgu Maklin utarakan tersebut.
Rakyat perlukan pemberitahuan serta penyebaran tentang pengurusan tanah ini terutama sekali kepada rakyat yang yang "tidak tahu apa-apa".
Sebagai seorang penduduk di daerah pitas yang memandang hal yang berlaku di sekeliling...saya secara jujur tidak boleh menutup mata saya dan hanya berdiam diri. saya tercabar oleh keadaan yang berlaku sekarang. Di mana Y.B yg sepatutnya bertanggung jawab? saya rasa memang sesuailah bekas Y.B lama ditukarkan kerana dia tergolong "TIDAK TAHU APA-APA" dalam hal pembangunan. dan adalah menjadi harapan saya agar Y.B yg baru ini akan lebih fokus dalam konteks pembangunan Pitas daripada hanya memikirkan atau mengira berapa banyak RINGGIT MALAYSIA yang masuk dalam poket beliau. kerana kalau hal ini berterusan macam ini... sampai kiamat pun pitas tidak akan maju biar pun dapat peruntukan sampai RM100Billion....
Bukan Omongan Kosong