Pengikut

13 September 2011

INI BUKAN KEBETULAN

PEMANDANGAN DARI JAUH PERKAMPUNGAN SONITON DAN NIBANG YANG TURUT SINONIM DENGAN DANAU YANG DIPANGGIL LUNTUK. INI ADALAH PERKAMPUNGAN PALING HULU DALAM DAERAH PITAS. DI HULU KAMPUNG INI ADALAH KAMPUNG SAMPARITA YANG TERLETAK DALAM DAERAH KOTA MARUDU. DI SEBELAH KIRI TIDAK JAUH ADALAH SEMPADAN DAERAH PAITAN. JADI PERKAMPUNGAN INI SANGAT BERUNTUNG TERLETAK DI SEMPADAN TIGA DAERAH.
KAMPUNG YANG INDAH MENAWAN NAMUN APAKAH MASA DEPAN KAMPUNG INI APABILA KERAJAAN TELAH MEMASUKKANNYA DALAM WARTA FMU SYARIKAT BEGARAYA. KALAUPUN DIKELUARKAN MASIH TERLETAK DALAM GERAN KOMUNAL APAKAH SEMUA INI HANYALAH KEBETULAN?
SUDAHLAH SERBA DAIF, TANAH PULA BUKAN LAGI MENJADI MILIK, APAKAH MASA DEPAN KOMUNITI DISINI YANG MAJORITI DARI KAUM SONSOGON? SEMOGA MEREKA BERANI BERUBAH DAN SAYA YAKIN DENGAN PERUBAHAN ITU.

07 September 2011

WAJAH POLITIK UMNO

Tidak ramai yang tahu kenapa bekas Perdana Menteri yang pertama tidak mahu dimakamkan di Makam Pahlawan KL dan sebaliknya mewasiatkan agar dimakamkan di Kedah. Kerajaan Malaysia telah menyediakan Makam Pahlawan khas untuk tokoh-tokoh negara dan semestinya sebagai tokoh terulung di Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah disediakan makam khas. Namun di penghujung usia, Tunku membuat "U-Turn" dengan menulis wasiat agar dimakamkan di Kedah, di kawasan makam ahli-ahli keluarnya. Kenapa? Surat wasiat yang tertera menjelaskan segalanya. Semuanya kerana kekecewaan Tunku terhadap sikap dan layanan UMNO sebagai ketua parti pemerintah. Tunku sememangnya telah melihat bahawa UMNO sudah banyak berubah terutama dari segi "roh dan semangat", apatah lagi bila Dr.Mahathir mendaftarkan Umno Baru. Tunku di penghujung usianya tidak lagi dipedulikan dan semua jasanya terhadap UMNO dilupakan. Inikah wajah dan budaya politik UMNO, iaitu anda harus patuh atau dilupakan?

31 Ogos 2011

MERDEKAKAH KITA?

Antara 'harta' terakhir yang kita perolehi dari British ialah Guthrie. Walaupun bukan justifikasi mutlak penguasaan sepenuhnya terhadap sumber negara tetapi cukup untuk melengkapkan dimensi kemerdekaan Tanah Melayu. Hari ini, Malaya@Tanah Melayu merayakan kemerdekaan ke-54 dan tempiasnya sampai di Sabah Borneo. Apakah makna sebenar kemerdekaan? Saya memahaminya secara mudah iaitu British menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat tempatan. Namun setelah mencapai usia sebegini, sejauhmanakah semua lapisan masyarakat menikmati makna kemerdekaan?
Saya masih tertanya-tanya kenapa dan sampai bila sistem kuota digunapakai di negara kita? Kenapa masih ada sistem pengkelasan bangsa, seolah-olah kasta yang tersembunyi? Rakyat peribumi atau orang asal di negara ini masih tergolong dalam kumpulan "kaum-kaum lain". Sistem kuota yang menjurus kepada keistimewaan kepada golongan tertentu walaupun tidak "layak" dari segi merit amat bertentangan dengan makna kemerdekaan. Corak pengambilan sebarang kursus, penempatan ke IPT, biasiswa, komposisi perjawatan, merit jawatan tertinggi dan sebagainya masih menampakkan ketidakadilan. Merdeka kah kita?
Apabila seseorang tidak bersetuju dengan polisi yang tidak adil, maka dianggap perosak kepada perpaduan. Merdeka kah kita? Apabila seseorang menyuarakan pendapat yang senada dengan pembangkang, maka orang itu akan diugut. Merdeka kah kita? Kita masih terikat dengan aliran pemikiran "dari atas ke bawah" iaitu kebanyakan keputusan adalah dari golongan atasan dan jarang sekali suara bawahan atau minoriti di dengar. Merdeka kah kita? Urusan-urusan yang terlalu birokrasi menyulitkan golongan awam. Misalnya permohonan geran tanah, ada yang menunggu sampai mati tapi geran tidak keluar juga. Di sebaliknya ada syarikat yang hanya menunggu dua tahun, geran CL keluar. Merdeka kah kita? Rasuah masih berleluasa yang menyebabkan hanya golongan berduit atau kapitalis yang mampu mendapatkan sesuatu sementara yang miskin terus miskin. Merdeka kah kita?
Kenapa kah kita tidak melihat kemerdekaan dari sudut keadilan sosioekonomi? Tidak hairanlah kalau setiap tahun, persoalan merdeka kah kita terus bergema !

23 Ogos 2011

BUYUK

Kerajaan telah mengumumkan polisi penyelarasan harga minyak suatu ketika lalu di mana kerajaan akan mengawal harga minyak petrol RON95 melalui pemberian subsidi secara konsisten. Ini bagi mengurangkan beban di kalangan pengguna. Dari satu sudut polisi ini adalah baik walaupun harga minyak kita adalah antara yang tertinggi di kalangan negara-negara pengeluar minyak. Namun sedarkah kita tentang kualiti minyak RON95 tersebut? Banyak pengguna mengadu kesan buruk terhadap enjin kereta tapi kita tiada pilihan kerana inilah sahaja minyak yang ada yang agak murah. Difahamkan di kebanyakan negara, minyak jenis RON95 sudah tidak popular dan sinonim dengan kenderaan yang sudah berusia. Malangnya di Malaysia minyak ini adalah pilihan utama.
Bagaimana dengan minyak petrol RON97? Kerajaan berkata bahawa harga minyak jenis ini akan diapungkan. Ini bermaksud kalau harga pasaran antarabangsa naik maka secara automatik minyak 97 akan turut naik. Tidak hairanlah apabila dalam tempoh beberapa bulan kerajaan telah menaikkan harga RON97 beberapa kali bahkan mencapai tahap harga tertinggi dalam sejarah harga minyak di negara ini. Namun persoalan saya, kalau benar harga ini diapungkan, kenapa harga RON97 ini tidak dikurangkan pada masa sekarang sedangkan harga minyak jenis ini di antarabangsa berada dalam trend penurunan? Ini bermaksud rakyat yang memberikan subsidi. Kerajaan kita memang pintar membuat lawak. Orang Sabah bilang ini..BUYUK !