Pengikut

19 November 2010

SINDROM PENAFIAN





Isu laporan Bank Dunia yang meletakkan Sabah sebagai negeri TERMISKIN di Malaysia menjadi bualan hangat di media perdana, kedai kopi mahupun alam maya. Saya telah membaca rumusan eksekutif laporan tersebut dan ternyata Bank Dunia mempunyai piawaian tersendiri dalam mengklasifikan kemiskinan. Laporan ini ternyata menyentak pemerintah Sabah dan lantas selang beberapa hari Unit Perancang Ekonomi, JKM tampil menafikan laporan ini. Saya turut membaca penafian EPU ini dan saya sedikit pun tak goyah dengan laporan tersebut kerana ternyata semua nya indah khabar dari rupa.
Saya lebih suka berpijak di bumi nyata. Pakai mata, telinga dan suara hati dan kita akan melihat kemiskinan itu di sekeliling kita. Kemiskinan itu ada di depan mata. Saya tak perlu menunjukkan bukti di kampung halaman saya yang terletak jauh di hulu Pitas. Saya menumpang tinggal di Kg Tambilidon yang terletak hanya 3 kilometer dari Pitas. Ternyata kemiskinan itu di depan mata saya. Sayangnya, SINDROM PENAFIAN masih melukut di tepi gantang. Walaupun EPU tampil dengan hujah dan data yang meyakinkan namun hujah lapangan masih mengatasi.Saya sarankan Pengarah EPU yang tampil dalam penafian itu agar melawat Pitas sebagai daerah eskeperimen. Saya sedia menawarkan hilux tua saya dan perkhidmatan lain untuk memudahkan beliau menjelajah Pitas. Kalau perlu, bawa wakil Bank Dunia dan kita sama-sama lihat di lapangan, siapakah yang bercakap benar. Akhirnya rakyat adalah HAKIM sebenar.

14 November 2010

SEPETANG DI KG DINGAI


Kampung Dingai, tidaklah terlalu jauh dari Pekan Pitas. Perjalanan memakan masa sekitar 15 minit sahaja. Sejak beberapa tahun lalu saya kerap mengunjungi kampung ini dan sekali lagi semalam En Maibin selaku pemimpin kampung tersebut menjemput saya bagi menyampaikan renungan sempena keberangkatan anaknya yang akan meneruskan pengajian di politeknik. Ternyata kesyukuran mereka turut dikongsi oleh penduduk kampung berkenaan yang turut datang beramai-ramai. Semangat kemasyarakatan ternyata masih jelas diamalkan di kalangan mereka. Bagi saya penduduk di sana bukan lagi asing untuk saya. Situasi dan cabaran mereka di sana sentiasa dibualkan. Antaranya ialah keluhan mengenai bekalan eletrik yang belum mereka nikmati walaupun janji sejak sekian lama. Selayaknya mereka dah menikmati itu kerana jarak yang dekat dan keadaan jalanraya yang agak. Sekali lagi terima kasih kepada penduduk Kg Dingai khususnya keluarga Maibin dengan jemputan dan sambutan hangat terhadap saya.

08 November 2010

PEMBETULAN !!!!

Data rasmi yang sudah diakui sejak sekian lama ialah ada 36 etnik di Sabah (atau lebih) dan lebih tepat dikesan mempunyai 50 bahasa dan 90 dialek. Dialek Dusun ialah Bangkaakon, Bayok, Bisaya, Bundu,Dalamason, Dumpas, Dusun Klias, Dusun Membakut, Gana, Garo, Gonsomon, Gunatong, Kadazan Papar, Kimaragang, Koriou, Kiwulu, Kogosingan, Kohub, Kolikuan, Koroli, Korupan, Kuijau, Liwogu, Lotud, Mangkaak, Minokok, Nulu, Pilapazan, Poruzou, Potiukan, Putih, Rungus, Sandayo, Sinandapak, Sogilitan, Sogo, Sonsogon, Sukang, Sunggannggon, Tagahas, Talantang, Tatana, Tangaa', Tasapang, Tihang, Tibabar, Tindakon, Tindal, Tobilung, Tompios, Tompulung, Tuhawon, Tulun Ganak, Tulun Gobukon, Tulun Kundasang, Tulun Lipasu, Tulun Pinousuk, Tulun Sinulihan dan Turawid. Dialek Paitan pula ialah Kolobuan, Kuamut, Lingkabau, Lobu, Makiang, Rumanau, Sabangan, Sinorupu, Sinobu, Sugpan dan Tombonuo. Dialek Murut ialah Baukan, Kalabakan, Nabaai, Paluan, Pingas, Sandiwar, Serudung, Tagal, Tengara dan Timugon. Dialek Idaan ialah Begahak, Bonggi, Buludupi, Idahan, Kolod, Lundayeh dan Segama Sungai.
Disamping itu, wujud juga kaum Bajau pula terdiri daripada Suluk, Irranun. Juga terdapat kaum Ubian, Kegayan di Sabah. Ini adalah antara rekod rasmi yang diperakui sejak sekian lama di Sabah. Data ini pastinya belum lengkap tetapi memadai sebagai rujukan mengenai kewujudan etnik atau kaum asal di Sabah.
Yang menjadi isu saya ialah kewujudan beberapa "etnik baru" di Sabah yang dilihat berada di luar lingkungan pengetahuan masyarakat. Gambar yang dipaparkan saya copy dari fb 1Suara Sabah. Di dalam borang itu anda dapat lihat dgn jelas wujudnya etnik baru di Sabah yang nampaknya seperti diperakui kerana dibubuh secara rasmi dalam borang. Sejak bilakah kaum-kaum ini diikitiraf sebagai warganegara? Kalau mereka dah diiktiraf, nampaknya data yang sedia ada sudah terpesong dan perlu dibetulkan.
Kalau kita di negara lain, semudah itukah kaum kita diiktiraf, diterima sbg warganegara dan seterusnya memasuki pasaran kerjaya?

06 November 2010

DILIHAT SEBELAH MATA

Minggu lalu saya berkesempatan mengunjungi tiga buah sekolah mission MILIK PCS. Ini adalah kunjungan rasmi saya yang pertama sejak diberi tanggungjawab mulai pada penghujung 2007. Agak lama juga baru dapat kesempatan itu terutamanya kekangan kerjaya sendiri dan kesukaran mencari masa yang sesuai dengan pihak pentadbir sekolah berkenaan. Kunjungan rasmi ini melihat sendiri hasil pembangunan peruntukan kerajaan pada awal tahun 2008. Keseluruhannya agak memuaskan, walaupun saya perhatikan di "satu sekolah" tu, kontraktornya agak untung besar. Perlu diperbetulkan. Saya juga meninjau prospek pembangunan untuk tahun 2011 dengan meneliti keperluan mendesak. Tidak lari daripada keperluan rumah guru, disamping kantin dan pagar sekolah. Sangat menyedihkan namun tidak mengejutkan apabila dilihat struktur dan kualiti rumah guru di sekolah-sekolah ini. Satu sudut bagus juga kerana menampakkan kesan kebaikan para missionari dahulu tetapi dari sudut lain membuatkan kita tertanya-tanya tentang kesan polisi pendemorasian pendidikan yang dilaung-laungkan sejak sekian lama. Slogan pendidikan bertaraf dunia dan banyak lagi tetapi anda perhatikanlah rumah guru ini dan nilai sendiri...