Pengikut

04 Disember 2009

KENAIKAN YANG MEMBEBANKAN

Lama tak update blog ini. Rasanya sepanjang bulan Disember ini, walaupun "cuti", nampaknya jauh lebih sibuk berbanding hari persekolahan kerana bagai tuntutan komitmen. Sedikit masa terluang sementara giliran "menjaga" sekolah, saya berkongsi perasaan di kalangan para peniaga di kawasan tamu Pekan Pitas yang terkejut dengan kadar sewa baru yang dikenakan oleh pihak MDKM/P yang dianggap sangat "luar biasa". Sewajarnya kenaikan adalah lumrah dalam segala hal tetapi dalam konteks ini, kalau kenaikan mencecah 400% dan 1100% itu sudah di luar kebiasaan. Umum mengetahui bahawa prestasi jualan di kebanyakan premis tamu bukanlah memberangsangkan. Kawasan tersebut "agak lengang" sepanjang hari kecuali pada waktu tamu. Oleh itu, sebagai salah seorang pemilik premis perniagaan di kawasan itu dan sebagai Timbalan pengerusi Persatuan Peniaga Tamu, eloklah MDKM/P memikirkan satu kadar yang lebih munasabah. Paling menghairankan, persatuan tidak pernah dibawa berunding sedangkan persatuan ini diakui secara rasmi. Akta Kerajaan Tempatan 1976 jelas menggariskan peranan sebuah kerajaan tempatan. Mengakui akan peranan itu, diakui keperluan kadar sewa tetapi harus diingat bahawa para peniaga adalah klien dan penyumbang. Justeru pendekatan "win-win situation" adalah terbaik. Semoga Kementerian Kerajaan Tempatan dan YB ADUN N.3 Pitas akan mengambil perhatian tentang itu ini dengan serius. Isu ini boleh mengundang pelbagai persepsi yang tidak sihat. Posisi saya buat masa ini masih di pihak "mahu mencari penyelasaian" yang adil untuk semua. Rakyat Didahulukan !

P/S : Artikel yang hampir sama saya paparkan juga di PitasDaily.Net sesuai dengan status saya sebagai rakan penulis dalam web tersebut.

25 November 2009

BANGUNAN INI SANGAT BERJASA

Sewaktu saya merasmikan persidangan Parokhi Dandun minggu lalu, saya sempat berjalan2 berkeliling kawasan Kg.Dandun. Memori lama. Di Kg Dandunlah semua penduduk bermula dari hulu bengkoka sehingga ke kawasan Kg Bawang datang mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pendidikan rendah sejak akhir 1960-an. Dandun umpama bandar bagi masyarakat pada waktu itu. Justeru saya berkeliling mengingat memori lama dan berkongsi dua bangunan yang banyak berjasa kepada masyarakat umum, bahkan daerah Pitas sendiri.
Bangunan ini adalah gereja PCS yang pertama didirikan bukan sahaja di Dandun malah di Pitas (seusia dengan PCS Parokhi Pantai). Struktur bangunan gereja ini tidak mengalami banyak perubahan. Masih dengan rekabentuk asal. Bahkan tiang dan kayu-kayan yang digunakan adalah masih yang asal. Ini sangat mengkagumkan apabila kita tahu bahawa bangunan ini sudah berusia hampir 50 tahun. Di sinilah lahir ramai individu yang dididik dengan ajaran Kristian. Rasanya mencecah ribuan orang. Disini ratusan pasangan telah diberkati menjadi suami isteri.Ribuan kanak-kanak didedahkan dengan nilai dan hukum Kasih. Kini bangunan ini masih berdiri megah menyimpan nilai sejarah dan bukti Kasih Tuhan.
Bangunan kedua ialah bekas Pusat Klinik Kesihatan Dandun. Didirikan oleh para misionari Kristian era 1960-an. Segala dana adalah derma individu Kristian dan bukan dari kerajaan. Disinilah pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum diberikan rawatan pelbagai konteks rawatan kesihatan. Pada peringkat awal doktor dan jururawat yang bertugas ada dari luar negara dan secara percuma. Menjelang pertengahan 70-an, kerajaan mengambilalih perkhidmatan. Kini bangunan ini dimiliki oleh tuan punya tanah setelah Pusat Kesihatan Dandun berpindah ke tapak baru. Sesungguhnya bangunan ini sekali lagi membuktikan bahawa cinta kasih kepada sesama manusia seharusnya dengan tindakan dan bukan sekadar kata-kata.

22 November 2009

MASA DEPAN PAROKHI DANDUN


Saya berkongsi sedikit tentang perkembangan gereja PCS di Parokhi Dandun. Kebetulan saya dijemput persidangan dwitahunan Parokhi Dandun pada 21 Nov yang lalu. Gereja PCS Parokhi Dandun mulai wujud pada awal tahun 1960-an. Pastor awal dari Swiss (maaf nama lupa). Ekoran tindakan menghalau para misisonari semasa era USNO, seorang pastor tempatan iaitu Porodong Mogilin dihantar menggembalakan Parokhi Dandun pada pertengahan tahun 1970-an. Sejak itu gembala silih berganti. Sekarang Parokhi Dandun mempunyai 41 jemaah/gereja, meliputi kawasan yang sangat luas. Bermula dari kawasan hulu, maliau, nungu sehingga ke kuala Sungai Bengkoka, Jalan Mempakad-Dingai, Tampakahu, Rukom, Kabatasan, Pekan Pitas, Tutuwoon. Sekadar menyebut beberapa kawasan kampung. Ekoran kawasan pelayanan yang luas, persidangan lalu mencatat sejarah apabila usul membahagikan Parokhi Dandun kepada dua parokhi diluluskan. Sekiranya pihak PCS Pusat dapat menghantar seorang gembala untuk mana-mana parokhi ini, maka secara rasmi pada tahun 2010, Parokhi Pitas akan wujud.
Sebagai sebuah organisasi yg wujud sejak 1956, selayaknya PCS melakukan penstrukturan demi memantapkan pelayanan. Inilah yang sedang dikerjakan dan sebagai salah seorang Eksekutif Komiti PCS, saya dapat rasakan beban kerja demi mempastikan PCS terus bertahan sebagai rakan sekerja Allah di muka bumi ini.

16 November 2009

SEMINAR KEIBUBAPAAN

Dua kali dalam tempoh 4 bulan.Inilah situasinya..setelah mengunjungi mereka Julai lalu, SK Timbang Batu Kota Marudu menjemput lagi. Saya try elak..kerap menghubungi. Ubah tarikh dan masa..akhirnya saya mengalah. Kali ini seminar mereka dianjurkan bersama oleh Jabatan Kebajikan Kota Marudu dengan kapasiti yang lebih besar. Saya diberikan tajuk Kecemerlangan Pendidikan dan Tanggungjawab Ibu Bapa. Sekadar perkongsian singkat, intipati ceramah saya ialah :
  • Sudut Global - Bangsa Eropah mengasaskan penjelajahan dan penerokaan kerana ILMU. Sekolah pelayaran pertama didirikan oleh "King" Henry dan menjadi asas kepada permulaan penerokaan dunia ini. Akhirnya mereka jugalah yg menguasai kekayaan dunia. Kesannya dirasai sehingga sekarang. Kewujudan Dialog Utara-Selatan dan NIEO, Suruhanjaya Selatan-Selatan dan G-15 adalah bukti kepentingan ILMU. 75% kekayaan dunia dikuasai negara Utara sedangkan mereka hanya mewakili 25% penduduk dunia.
  • Sudut Glokal - Era awal pemerintahan Tun Dr Mahathir ialah dgn pelbagai dasar. Salah satu ialah Dasar Industri Berat. Beliau sedar dgn kekurangan Malaysia dlm bidang ilmu khususnya berkaitan industri. Melalui dasar ini, ideanya ialag pemindahan dan penyerapan ilmu, kepakaran dan teknologi asing ke Malaysia supaya tidak selamanya Malaysia bergantung kepada orang asing.
  • Sabahan - Kekayaan bumi Sabah mula dijana dan "dihisap" sepenuhnya semasa era Tun Mustapha. Penasihat kewangan beliau pada masa itu ialah Syed Kechik (bukan orang Sabah). Kenapa Tun tidak menggunakan kepakaran tempatan? Salah satu sebab ialah ketiadaan org tempatan yang punya ilmu dalam pengurusan kewangan dan ekonomi pada masa itu. Berapa banyak kekayaan Sabah mengalir ke tangan org lain?
Saya akhirnya menyentuh peranan ibu bapa dalam mencemerlangkan pendidikan anak. Peranan yang tidak memerlukan modal kewangan yang banyak. Ini melibatkan pengurusan fizikal, masa, wang,emosi dan psikologi. Semoga perkongsian saya yang sederhana dapat membantu sekolah itu mendapai misi keibubapaannya.