Pengikut

13 November 2009

MENILAI INTIPATI UCAPAN

Minggu lalu 3 kongres parti politik berlangsung di Sabah. Upacara perasmian semuanya disempurnakan oleh Perdana Menteri. Perasmian PBS diadakan pada malam 6 Nov, LDP pagi 7 Nov dan UPKO petang 7 Nov. Pastinya ini juga satu sejarah, kongres parti yang berlangsung agak serentak. Bagus jugalah, jimat wang rakyat. PM tak perlu ulang alik. Saya mengikuti kongres dari "jauh" tetapi "dekat". Maksudnya saya tidak hadir tetapi rangkaian maklumat saya ada kecuali di LDP. Saya berkongsi intipati ucapan 3 Presiden parti dan kita tahu ucapan dasar presiden akan dibahas dan menjadi polisi hala tuju parti dalam masa mendatang.
Datuk Pairin seperti biasa memulakan ucapannya dengan pujian melangit terhadap kepimpinan baru PM khususnya tagline 1Malaysia. Beliau juga mengulangi isu lama yang merupakan sentimen awal yang menggemilangkan PBS iaitu isu pendatang tanpa izin. Kali ini Pairin menyegarkan isu ini dengan meletakkan harapan agar masalah ini dapat diselesaikan pada atau sebelum hujung tahun 2012. Beliau juga mensasarkan pertambahan ahli PBS dalam masa yang ditetapkan disamping komitmen untuk terus setia dalam BN
Ucapan Datuk Liew menyajikan rekod dan harapan bahawa LDP telah dan akan bergerak pantas menjadi sebuah parti yang besar. Konteks beliau merujuk kepada bilangan ahli dan tanggungjawab yang dipikul oleh LDP.
Tan Sri Bernad Dompok menyajikan ucapan yang padat. Memulakan dengan sejarah UPKO yang pada mulanya sukar diterima oleh masyarakat KDM dan kini telah berkembang sehingga ke semenanjung (ada perwakilan dari bahagian orang asli). Tan Sri menggariskan gesaan UPKO agar kerajaan menarik balik sekatan terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dikalangan penganut Kristian, pengiktirafan jitu terhadap sekolah mubaligh, perlantikan Sabahan dalam agensi pusat khususnya EPU dan ICU.
Ucapan mereka ini agak panjang dan saya hanya menyentuh intipati. Berdasarkan ini, bagi saya ucapan Datuk Pairin masih berkias dan agak berhati-hati. Datuk Liew lebih kepada membentangkan wawasan LDP mengikut acuan baru sebagai usaha keluar dari bayang-bayang pengaruh Datuk Chong Kah Kiat. Tan Sri Bernard nampaknya agak terbuka dan berani mengetengahkan isu yang dianggap "sensitif" tetapi merupakan satu hak dan keperluan.Beliau semestinya ada merit untuk bercakap isu-isu demikian kerana sesuai dengan intipati perlembagaan dan perjuangan UPKO.

09 November 2009

Pantai Kesagaan



Org bilang "terlimpas pandang" untuk postkan. Fikir2 bagus juga untuk diketengahkan. Lagi pun blog dah lama tak update. Beberapa minggu lalu jemaat PCS Pekan Pitas mengadakan hari keluarga di Pantai Kesagaan. Ini kali kedua kami bersantai di pantai ini. Kenapa? Lokasinya yang senang dilalui, rasanya agak selamat, pantainya yang bersih/selamat, kawasannya yang redup dan beberapa kelebihan. Jika dibandingkan dengan lokasi lain di Pitas, terutama yang "telah dimajukan" saya fikir Pantai Kesagaan punya kelebihan tersendiri. Kalau tak percaya..datanglah, luangkan masa beriadah dan menikmati pemandangan indah.

P/S : Maaf..hanya sekeping gambar dapat dipaparkan. Line tak lancar..huhu

02 November 2009

PENJELASAN DARI YB

Isu di mana kebanyakan projek pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan di daerah Pitas hanya tertumpu di kawasan tepi "sungai" dan "tepi laut" mengundang banyak respon. Masyarakat "darat" rasa diabaikan dan merasakan rugi mengundi. Tidak kurang juga yang menghubungi orang biasa spt saya untuk meluahkan perasaan. Saya lantas menghubungi YB Datuk Bolkiah melalui sms dan selang sehari YB menjawab sms saya. Berikut adalah sms dari YB berupa penjelasan terhadap isu ini (tanpa edit)
" Petang sdra maklin. Tuduhan daerah mgabai org drt adalah tdk bnr bknkah bnyk prjk jln, jmbtan gntng, grviti diluluskan dpnpak,bilngau,nibng,mandurian dll.194 kg prlu djaga dgn prutkn trhad. Agropolitan kebanyakan permohon ada org2 kita sebelah darat.Prjk tanaman kcg tanah n cili yg tlh, sdg n akan dlaksana kbnykn di kg Ulu spt maliau, bilngau, mandurian, pnpak, prpok dll. Perumahan pprt terbaharu kebanyakan kita bagi di sebelah daratan. Sebagai kakitangan kerajaan sebarkan program kerajaan ni dan galakan mereka berhubung dgn pej daerah dan jab kerajaan yg lain,galakkan mereka mengikuti kursus kemahiran hidup dan peningkatan ekonomi setempat. Saya berusaha utk meminang projek infra asas jalan2, air bersih dan kemudahan letrik di sebelah darat, telah lulus bekalan letrik 25 kampung di sebelah daratan dan telah memohon loji air ke2 pitas di nibbang. Bantu saya utk memajukan pitas.Tkasih"
Saya menjawab sms YB ini dan berikut jawaban dari YB Datuk (tanpa edit)
"Tkasih ckg,saya hargai usaha ckg utk membela bangsa kita di daratan.Kalau ada cadangan apa juga bentuk pembangunan atau program di sebelah darat tlg sms sama saya.Utk pengetahuan jln mempakad-nibbang telah lulus dan akan d tender secepat mungkin.Jln gailun darat dan biliangau darat telah lulus dan sedang d laksanakan"
Saya secara peribadi menghargai respon proaktif dan penjelasan dari YB Datuk tentang isu ini. Semoga ini memberikan penjelasan kepada semua pihak. Khusus utk warga daratan, marilah kita bersabar dan berilah masa kepada ADUN kita untuk merancang program pembangunan yang lebih holistik di daerah Pitas. Bagi kita faham situasi dan laluan birokrasi merancang dan melaksanakan sebarang program pembangunan, pastilah akur bahawa segalanya mengambil masa. Bahkan pada peringkat sekarang berilah kerjasama sepenuhnya kepada YB kita ini. Seperti nasihat beliau, ada projek atau program pembangunan yang memerlukan kita berhubung dengan agensi kerajaan dan tidak semestinya melalui YB. Marilah kita menjadi rakyat yang proaktif dan ikhlas untuk Pitas yang kita cintai ini.

01 November 2009

KELUHAN SEORANG KAWAN

Ada seorang kawan..mr.J******* mengusahakan perniagaan ******** secara kecil-kecilan di kawasan pekan Pitas. Beliau sebenarnya mengusahakannya secara usahasama dengan seorang lagi rakannya. Lesen telah dipohon sejak setahun lamanya dan belum ada kelulusan. Surat dari agensi terbabit menyatakan bahawa lesen sedang dalam perhatian dan pertimbangan. Mr.J sebenarnya agak terdesak mencari sumber pendapatan kerana kesihatannya yang kurang mengizinkan. Justeru hanya perniagaan jenis tersebut yg mampu diusahakannya. Perniagaan mereka berjalan dengan sederhana dan masih kurang meyakinkan walaupun memang ada potensi. Apa pun demi sesuap nasi beliau meneruskan usahanya. Suatu hari..premisnya dilawat pegawai agensi kerajaan dan mengarahkannya agar ditutup kerana belum ada lesen. Mr.J terkejut kerana dia memang sedang menunggu lesen. Beliau juga teringat sewaktu pertemuannya dengan Mr.****** ketua cawangan bagi agensi tersebut bahawa sementara menunggu lesen, bolehlah meneruskan perniagaan. Tambah menghairankan Mr.J ialah beliau mendapati wujud beberapa premis yang menjalankan perniagaan serupa khususnya di Kota Marudu yang turut sedang menunggu lesen dan meneruskan perniagaan. Tidak pun ditutup !
Mr.J***** merenung jauh masa depan perniagaannya dan demi sesuap nasi !. Sebagai rakyat, sememangnya dia sedar tentang peraturan perniagaan khususnya yang melibatkan lesen tetapi dia sudah pun mengemukakan permohonan lesen. Hanya menunggu ! Mr.J**** berfikir, kenapa premis lain yang belum ada lesen tidak pun ditutup? Banyak persoalan dan andaian di dalam hatinya...Dia juga terbayang peniaga rokok haram yang berleluasa di Kota Marudu...dia tertanya-tanya apakah lesen yang mereka miliki? Dia juga terbayang penjual sayur haram di kaki lima supermarket More Chance yang menyaingi peniaga tempatan yang berniaga secara sah....
Kawan ini mengelamun jauh..saya menepuk bahunya menyedarkannya. Saya katakan "teruskan berniaga..biarlah mereka angkat semua peralatan perniagaan ini dan kita akan tengok apa yang akan berlaku seterusnya"..

P/S : Undang-undang tertinggi ialah BUDI BICARA. Seorang hakim jarang menjatuhkan hukuman maksima kepada psesalah setelah mempertimbangkan dari segenap aspek.Semuanya kerana budi bicara yang lahir dari hati yang murni. Wajarkah Mr.J***** dihukum sedangkan dia masih dalam proses birokrasi ?