Pengikut

29 Oktober 2011

MODUS ROMPAKAN WANG RAKYAT

Isu projek terbengkalai bukan lagi isu baru. Daily Express beberapa bulan lalu melaporkan bahawa sebuah jawatankuasa di peringkat negeri terpaksa ditubuhkan bagi memantau ratusan projek yang terbengkalai. Di Pitas saja, berpuluh projek makmal komputer terbengkalai. Beberapa projek bangunan pra-sekolah turut terbengkalai.Wah ini seperti sudah jadi lumrah dan kebiasaan sehingga tidak ada perasaan bersalah kerana membazirkan wang rakyat. Antara sebab terbengkalai ialah sistem sub kontrak yang sekian lama diamalkan. Kontraktor utama yang berpengkalan di semenanjung akan sub kan kontrak kepada rakan kontraktor mereka di Sabah dan kepada sub seterusnya. Kadangkala sub utama dari KL hanya berperanan sebagai perunding. Sistem sub menghakis nilai wang yang sebenar sehingga peratusan yang benar-benar digunakan dalam lapangan susut kepada hampir 40%.
Inilah satu modus operandi rompakan wang rakyat yang dilihat bersih dan tiada apa-apa kesalahan. Semuanya berpunca dari ciptaan sistem dan mekanisme berpaksikan kepada kehendak parti tertentu dan membelakang hak rakyat. Kalau ini berterusan, tak pasti sampai bilalah wang rakyat dapat bertahan. Anda mahu ini berterusan?

Tiada ulasan: