Pengikut

18 Oktober 2011

CATATAN BELANJAWAN

Kerajaan tak boleh atau tak dapat menggunakan walau sesen pun wang rakyat@negara tanpa melalui kelulusan Parlimen khususnya melalui kelulusan dalam belanjawan negara. Inilah gambaran mudah kenapa pentingnya bajet kepada kita semua. Bajet 2012 dah seminggu berlalu dan "sosek" media massa tentang kehebatan bajet ini masih berkumandang. Elok kiranya kita melihat pula bajet ini dari sudut lain supaya seimbang pengetahuan kita. Ini antara beberapa dapatan saya dalam bajet ini.

1. Hampir semua bantuan adalah bentuk One Off. Ini jelas menggambarkan satu rasuah untuk pilihanraya yang bakal menjelang. Konsep bantuan One Off tidak ada jaminan untuk diberikan secara konsisten. Kerajaan boleh menariknya pada bila-bila masa.
2. Pengecualian cukai ke atas perkhidmatan teksi ternyata hanya menguntungkan para pengusaha teksi yang majoriti adalah kroni umno dan pemandu teksi tidak menikmati apa-apa.
3. Projek tebatan banjir bernilai RM1.3 Bilion menggunakan wang rakyat Malaysia tetapi itu hanya untuk Perlis, Perak dan Johor sahaja.
4. Unjuran pertumbuhan 5-6% terlalu optimis. Berbanding unjuran Bank Dunia (4.8-5.7%), MIER (5.2-5.5%), RHB (4.3-4.5%) dan Bank Pembangunan Asia (4.8-5.1%).
5. Peruntukan untuk Kementerian Kerjaya Raya naik 29% dan Kementerian Kerajaan Tempatan naik 61%. Kedua-dua kementerian ini adalah lombong emas projek dan jelas kenaikan ini memberikan makan kepada kroni-kroni dan mungkin juga modal pilihanraya.
6. 78% belanjawan untuk perbelanjaan mengurus sementara hanya 22% untuk pembangunan dan pelaburan. Ini adalah satu peratusan yang sangat berisiko dalam konteks menjana pulangan pendapatan negara.
8. Hutang negara mencecah RM437 Bilion. Kerajaan tak menyentuh bagaimana untuk menbayar hutang yang sangat tinggi ni.
9. Dalam bajet tu, Perdana Menteri menekankan kenaikan FDI tapi ramai yag tak sedar bahawa 54% FDI di Malaysia disumbangkan oleh Pulau Pinang dan Selangor (Pakatan Rakyat).

Demikian sedikit coretan saya ttg belanjawan baru-baru ni. Bagi saya, bajet ini biasa-biasa saja. Bajet normal dan tiada apa-apa istimewanya. Walau apa pun konteks bajet negara, Sabah Sarawak tetap penyumbang utama kepada kekayaan Malaysia dan pada masa yang sama penerima peruntukan paling sedikit. Fikir-fikirkan...

5 ulasan:

Vidic berkata...

lebih byk pembaziran sbnrya ... gimik pilihanraya ... dlm keadaan ekonomi yg kurang membransangkan skrg , kerajaan masih memperuntukkan sejumlah wang yg besar utk perbelanjaan mengurus berbanding pelaburan ...

Nani berkata...

Sabah perlukan satu daerah satu bandar.

MAKLIN MASIAU berkata...

Pitas sebesar Perlis tapi bezanya dri smua aspek seperti langit dgn bumi. Teruk

Tanpa Nama berkata...

Dan, kegusaran teragung yg tumbuh subur dlm fikiran saya adalah, risiko "bankruptcy". kita hanya beberapa tangga lagi utk mengikuti jejak langkah 2 negara eropah yg sudah diistihar bangkrap. apabila tiada usaha utk melunaskan hutang negara dan malah saban penggal ditambah, biarpun saya yg baru umur2 20-an terlepas kerana sudah KO, bagaimana pula nasib anak cucu saya nanti? fikir2kan.

ELVIS DALOK berkata...

sebagai rakyat sabah,saya merasakan bajet belanjawan kali ini,hanya sebagai satu daya penarik supaya umno di sokong..ada di sebalik sebenarnya..kenapa tiada tarikh atau ketetapan yang di putuskan dalam hal pemberian bantuan kepada..orang yang berpendapatan di bawah rm3000,ertinya..pada bila2 masa ini akan di tarik balik..so,ini adalah cara untuk meriah simpati rakyat supaya terus menyokong umno..tambahan pula pru-13 menjelang tiba..semuanya bak kata pepatah indah khabar dari rupa..