Isu e-kasih berkumandang sejak sekian lama di seluruh Sabah. e-kasih (setakat pengetahuan saya) ialah satu mekanisme pengkalan data berpusat untuk Ketua Isi Rumah (KIR) berpendapatan kurang daripada RM1000 (luar bandar). Melalui pengkalan data ini, maka KIR layak menerima bantuan dalam semua konteks dan kapasiti. E-kasih adalah program yang digerakkan oleh ICU di Jabatan Perdana Menteri dan dilaksanakan di Pejabat Daerah. Secara realitinya proses pendaftaran e-kasih banyak melibatkan staf lantikan politik,khususnya PJKKK. Secara umumnya, saya berpendapat proses mengumpulkan data KIR secara berpusat adalah sangat baik KALAU benar-benar dilaksanakan dengan sistematik dan telus. Namun realitinya, e-kasih telah menerima rungutan dari semua lapisan masyarakat, bahkan daripada pemimpin BN sendiri.
Isu-isu yang biasa timbul ialah tahap kecekapan, ketelusan mekanisme dan ketirisan bantuan. Isu KIR yang benar-benar daif tercicir dan dipandang sebelah mata sebaliknya yang tidak layak atau berkemampuan terdaftar dan mendapat bantuan.
Saya sempat merasai era pemerintahan BERJAYA dan PBS. Saya ingat benar waktu tidak ada pun pengkalan data e-kasih tapi semua jenis bantuan boleh sampai kepada sasaran.Persoalan saya agak mudah, kenapa perlu satu pengkalan data berpusat nun jauh di ICU, Putrjaya? Ini bermaksud semua program dikawalselia sepenuhnya oleh Kuala Lumpur. Kalau ada situasi rayuan, jawaban yang biasa diterima ialah "ini kami tidak tahu sebab senarai ni dari KL".
Saya melayari portal e-kasih https://www.ekasih.gov.my/Pages/Default.aspx dan mendapati memang pendaftaran secara online untuk KIR wujud. Persoalan saya, berapa ramai KIR yang punya kemudahan komputer, internet dan celik IT untuk berbuat demikian. Dimanakah peranan kakitangan politik dan agensi terbabit untuk memastikan semua KIR didaftar tanpa mengira bangsa,agama dan ideologi politik? Unsur penafian sentiasa wujud tapi realitinya lihat sekeliling kita dan tanyalah mereka ! Jangan sampai komputer pula yang disalahkan !

5 ulasan:
Aku masih ingat bila PBS memberi bantuan perumahan kepada semua penduduk kampung tanpa proses yg rumit mcm sekarang... dan dalam satu kampung semua keluarga dapat satu rumah serentak.... bolehkah cikgu cari penjelasan kenapa bantuan perumahan tidak lagi begitu sekarang?
Sikap pemimpin politik yang jujur amat diperlukan. Sudah tiba masanya PITAS melakukan perubahan. Beri peluang kepada Pakatan Rakyat di Pitas..
Pitas memerlukan pemimpin politik yang ikhlas dan tidak ada sikap mengikis duit rakyat. Sudah tiba masanya pitas perlukan kepimpinan baru. Dan beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk meenerajui Pitas.
ramai menyifatkan sistem kemasukan daftar e-kasih yang ada sekarang lebih baik digelar "p-kasih@pilih kasih".Nampak lucu,tapi sebenarnya itulah hakikat.
Revolusi bkannya stu prkra yg amat mdah mlainkan mmrlukan pngrbnan dan pjuangan yg mnylurh. Olh sbb itu sya mnykng 100% Pitas mmrlikan indvdu (Pemimpin)yg bleh dpcyai mampu mentrfmsikan Pita. Smga dlm plhan rya umum ke-13 nant, Pitas akn dipimpin olh glangn yg bnar2 bjwa rakyat
Catat Ulasan