

Kejohanan ini amat bermakna bagi penganjur kerana mempunyai rentetan peristiwa di sebaliknya beberapa bulan sebelum berlangsung. Antaranya ialah penundaan tarikh beberapa kali.Ini kerana pertembungan teknikal dan keperluan kos. Sistem pertandingan yang digunakan menggunakan shuttle yang banyak dan ini bermakna kos semakin tinggi. Sistem liga dalam kumpulan juga jarang digunakan tetapi penganjur memutuskan sistem ini supaya para pemain berpuashati sehingga kejohanan ini kelihatannya seperti karnival badminton. Kejohanan ini juga menyaksikan betapa "janji manis" beberapa pemimpin politik yang akhirnya "janji kosong" sehingga menyebabkan penganjur terpaksa menyumbang RM100 (seorang) demi mempastikan kejohanan ini berlangsung. Demi semangat kecintaan terhadap sukan badminton di Pitas. Ini juga menyebabkan kos di bahagian hadiah terpaksa diselaraskan. Beberapa pemain menyatakan rasa tidak puashati dan penganjur mengaku dengan keadaan itu namun sebab sebenar hanya penganjur yang tahu khususnya yang telah berkorban wang untuk penganjuran ini.
Tahniah kepada bergu dari Paitan yang menjadi pasukan jemputan dan seterusnya menjuarai kategori terbuka. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pemain yang mengambil kejohanan. Kepada yang terlibat secara langsung dengan penganjuran, tahniah dengan semangat gigih dengan penganjuran ini. Pastinya mohon maaf adalah lumrah untuk segala kelemahan dan kekurangan. Semoga kejohanan ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan