Pengikut

27 Disember 2010

KRISMAS DI KG BANGKAU-BANGKAU






26 Disember 2010 pastinya menggamit memori penduduk@jemaat Kg Bangkau-Bangkau, Pitas apabila kami (PCS Pekan Pitas) telah melawat dan "membawakan" suasana Krismas kepada mereka. Sempena dengan siapnya bangunan gereja baru mereka, maka sambutan Krismas ini bermakna bermulanya ibadah rasmi di bangunan tersebut buat pertama kali. Kami telah mengendalikan ibadah, menyediakan hadiak kepada warga emas & kanak-kanak, membawa makanan bahkan turut mengangkat kerusi dan peralatan muzik. Sangat indah, dengan kehadiran yang mencecah sekitar 200 orang termasuk kanak-kanak, hampir kesemua warga penduduk kampung ini hadir termasuk yang bukan Kristian demi memeriahkan Krismas.
Oh ya, bangunan gereja yang baru siap ini dengan kos keseluruhan RM21,000 dimana 75% dibiayai oleh salah satu gereja dari Korea dan 25% daripada jemaat PCS Pekan Pitas (individu). Sebagai komuniti yang tersisih, bukannya mudah mendapat peruntukan, maka tidak ada pilihan melainkan bantuan sesama dan berdikari. Semoga Krismas ini membawa rahmat besar untuk kampung ini.

Tiada ulasan: