Pengikut

24 September 2010

TAMU PITAS

Tamu Pekan Pitas sudah wujud seawal 80-an, difahamkan sempena perayaan 100 tahun Sabah maka beberapa gerai telah dibina di kampung Kalumpang. Sambutan 100 tahun Sabah pada tahun 1981 peringkat daerah Pitas yang diadakan di gerai yang dibina di Kg Kalumpang merupakan antara pertemuan awal secara besar-besaran suku kaum di Pitas. Sejak itu gerai tersebut terus digunapakai sebagai "pekan" Pitas dan menjadi tapak tamu mingguan. Penghujung 1990-an, tarikh sya kurang ingat, tapak ini dipindahkan di pekan baru Pitas walaupun berlaku sedikit bantahan dari beberapa komuniti.
Sedar tak sedar tamu pekan Pitas menjangkau usia hampir 30 tahun. Terus menjadi nadi kepada sumber ekonomi masyarakat desa dan peniaga kelas pertengahan. Terus menjadi nadi sosial pengikat rumpun suku kaum di Pitas. Tahniah majlis daerah kerana berjaya menyelenggara tamu ini dengan begitu baik.

2 ulasan:

windi berkata...

beberapa jalan kg d pitas telah di turap. tahniah pitas.

Cherry Sansita de Falconi berkata...

Pertama kali pigi Tamu Pitas last month, went to the old pekan tapi sudah tiada. Menarik juga but as a first timer saya pun tidak tau apa tempat2 menarik yang saya boleh kunjung di Pitas, pekan baru pun agak sunyi juga. Maybe kamu boleh tulis tempat2 yg boleh dilawat? Terima kasih =)