Pengikut

05 Ogos 2010

KEM PRA-U SMK PITAS





Baru-baru ni pengurusan Pra-U SMK Pitas berjaya mengadakan Perkhemahan Pra-U SMK Pitas buat pertama kali. Disamping menjadi simbolik penutup program kokum mereka, ini juga menjadi pra syarat dalam pemarkahan kokum mereka memenuhi 10% syarat kemasukan ke uni.Kami tidak berkompromi dimana mereka yang tidak menghadiri kem tanpa alasan munasabah tidak akan diberikan markah penuh.
Bertempat di Dataran Bengkoka, seramai 51 orang pelajar dan 7 orang guru terlibat sepenuhnya menjayakan kem ini. Rasa bangga kerana inilah kem yang pertama kali dianjurkan khusus untuk pelajar Pra-U. Hampir semua pengurusan logistik dan pengisian program dikendalikan oleh pelajar dan pihak kami hanya membimbing dan memantau. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Semasa sesi penutupan saya merakamkan penghargaan kepada mereka kerana melibatkan diri malah memperlihatkan disiplin yang baik. Di depan mereka, saya nyatakan penilaian disiplin di tahap 8/10. Selepas kem ini, mereka akan menumpukan sepenuhnya kepada aspek kuliah, tutorial dan yang terdekat Excel. Pada hujung September juga, pihak kami telah merancang program khas untuk mereka di Kota Kinabalu. Semoga semua ini dapat membantu mereka mencipta sejarah indah untuk diri mereka,keluarga, sekolah, kampung dan daerah.

P/S : Terima kasih pihak PPD yang memberikan Anugerah Pencapaian STPM kepada SMK Pitas sempena hari guru yang baru lalu. Saya tidak sempat hadir menerima anugerah ini kerana komitmen dalam PSKPPS. Semoga anugerah ini adalah suntikan semangat dalam meneruskan langkah kecemerlangan untuk STPM.

2 ulasan:

ubi_kayu berkata...

TAHNIAH! Satu lagi perkembangan yang sangat baik, biarpun mungkin sesetengah pihak merasakan aktiviti seperti ini hanya membuang masa (bagi segelintir orang). Namun, inilah yg patut kita dedahkan kepada pelajar-pelajar di peringkat ini. Disiplin, kemahiran dan pengetahuan. Satu yg penting adalah 'motivasi'. Golongan pelajar di Pitas kebanyakan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dan kadang2 hal ini melemahkan semangat mereka untuk terus belajar dan meneruskan ke peringkat tinggi dengan harapan mendapat pekerjaan yg baik. Ada yg berhenti untuk menyara keluarga dan terpaksa meninggalkan pelajaran. Berikan mereka semangat dan motivasi untuk meneruskan pembelajaran mereka. Alumni SMK Pitas (sekiranya ia wujud), patut dimanfaatkan. Ramai bekas pelajar SMK Pitas yg telah 'berjaya' skrg, dan mereka mungkin boleh dijemput untuk memberikan motivasi dan sebagainya, apa sja yg dirasakan patut. Ramai bekas2 pelajar yg sy rasakan amat berbesar hati sekiranya dapat berkongsi kejayaan dan pengalaman kepada pelajar2 di SMK Pitas ini. Sy sekadar mencadangkan. Apa2 pun tahniah kepada cikgu dan yg lain. Terima Kasih!

MAKLIN MASIAU berkata...

tuan ubi kayu..tq dgn respon dan cadangan yg bernas.pelajar kita sebenarnya punya bnyk potensi cuma kurang suntikan motivasi.inilah yg sya/kami usaha semampu.ttg almuni SMK Pitas,idea ni dah lama.memang ramai bekas pelajar smk pitas yg telah berjaya dan mampu memberikan motivasi.sayangnya smpi skrg alumni blm wujud secara rasmi.ada yg minta sya handle tapi secara prinsipnya sya tak boleh kerana sya bertugas di smk pitas juga. hal ni sya "lontarkan" kpd anda yg anda beban, mulakan langkah anda mewujudkan alumni SMK Pitas. sya menyokong penuh. tq