Pengikut

08 Ogos 2010

DEMI DAERAH PITAS INI


Masyarakat sedia maklum bahawa pengajian di peringkat tingkatan 6 adalah tangga akhir sebelum ke universtiti. Sejak menjadi PK Pra-U (lantikan sekolah ja bah) pada pertengahan 2008,beban untuk memastikan pra-u mendapat keputusan yang melayakkan mereka memasuki pengajian tinggi amatlah berat. Tapi kalau mereka gagal, sia-sialah masa mereka hampir 2 tahun dan mereka tetap dengan status pemegang SPM.Mahu tidak mahu "sesuatu" perlu difikir untuk mereka.
Sesuai dengan dimensi baru pengurusan pra u, sistem pembelajaran konvensional telah diubah dan kami turut melakukan perubahan dengan wujudnya jadual pembelajaran yang berteraskan kuliah, tutorial, kolokium dan R & D. Melengkapkan pusat sumber pra u dan penerapan latihan secara kerja kursus. Ya, ada sedikit hasil yang positif.Keputusan mereka selaku "product" pertama diiktiraf oleh PPD sempena hari guru peringkat daerah baru-baru ini. Terima kasih.
Untuk generasi kedua ini iaitu pra u atas, strategi dan program kena dipertingkatkan. Kita ke arah yang lebih baik. Tuntutan utama bukanlah semata-mata persaingan yang mencipta nama tapi pemilikan kecemerlangan di kalangan pelajar. Justeru tahun ini, beberapa program telah dirancang namun berhadapan dengan kekangan yang besar iaitu wang. Setakat ini pra u belum ada Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang menyebabkan apa pun program kena menumpang kasih dari ABM mana-mana "objek + subjek" yang lain. Pengetua pun turut terbeban dan kadangkala tidak boleh berbuat apa-apa.
Saya/kami ada grand design untuk mereka. Melengkapkan pusat sumber pra u dengan kos RM10,000. Menyediakan wifi di foyer pra u, sistem audio visual untuk semua bilik kuliah, dan program skor A untuk mereka. Semuanya di atas kertas. Akhirnya semua kembali kepada persoalan kos. Program skor A yang bakal dilaksanakan penghujung sept ini memakan kos hampir RM15,000. Majoriti penceramah adalah dari semenanjung. Penginapan dan ruang seminar telah ditempah seawal April lagi. Tiket pun sudah dibeli dengan kos menghampiri RM4,000. Mungkin saudara boleh meneka wang itu dari mana?
Nanti kena fikirkan lagi kos pengangkutan, saguhati penceramah, penginapan, makanan dan kos pentadbiran. Saya tidak perlu senaraikan nama organisasi dan individu yang kita mohon derma namun sehingga kini yang pasti hanyalah dari PIBG dan PPD yang ada dengan amaun yang agak terhad. Yang jelas, kita tidak lari dari menagih belas kasihan dari golongan politik namun nampaknya merudum. Ada "tokoh politik" yang berjanji, dan kita akan sama-sama menunggu janji itu sehingga tarikh seminar berlangsung. Mudah-mudahan ada !
Saya berkongsi beban ini antaranya ialah memberi ruang kepada sesiapapun warga Pitas yang membaca tulisan ini dan ada hati untuk menjana masa depan pendidikan "orang kita", boleh lah melakukan tindakan pro aktif untuk membantu kami. Tanpa mengira kaum dan agama, generasi yang ada haruslah ditolong kerana pembasmian kemiskinan tegar secara total dan berkekalan ialah melalui ILMU. Saya melihat "pelaburan pendidikan" masih perlu dtingkatkan di daerah Pitas dan ini memerlukan kerjasama semua pihak. Saya buka tawaran ini kepada anda demi daerah Pitas yang kita cintai ini.

Tiada ulasan: