Pengikut

30 Julai 2010

SEMANGAT DAN KREATIVITI HIDUP

Gambar ini saya ambil semasa saya mengunjungi kampung berkenaan beberapa bulan lalu. Sekali imbas memang gambar ini tidak ada makna namun sekiranya diteliti ada kisah menarik di sebalik gambar ini. Bagi anda yang kenal, ini adalah enjin kereta yang telah diubahsuai menjadi "binsu" mini kilang papan beruti. Walaupun kaedah ini turut dilakukan di beberapa daerah namun untuk di Pitas saya rasa ini antara yang awal melakukan usaha sedemikian. Dengan semangat dan kreativiti maka beliau dapat mengeluarkan papan dan beruti dengan lebih banyak dan cepat. Di sekeliling kelihatan papan dan beruti yang telah diproses telah ditempah. Ternyata usaha beliau berbaloi apatah lagi beliau mengenakan kadar harga yang berpatutan. Ini membuktikan bahawa masyarakat atau lebih tepat orang kita tidak kurang hebatnya dalam usaha, semangat dan kreativiti dalam meningkatkan kualiti hidup. Tahniah untuk peribadi ini. Anda berminat untuk menempah papan beruti? Beliau berbangsa Tombonuo. Semua anak beliau merupakan pelajar saya di SMK Pitas. Perusahaan beliau terletak di tepi jalan Kampung Sungai Eloi. Moga paparan ini membantu beliau dalam mempromosikan perusahaan "IKS" beliau.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa pendapat yang lain....kalau saya ada duit, mana saya mau labur sana geng, ad...dih.... bagus saya labur ASB saja...umpama kc untung tu pati sahaja.