Pengikut

21 April 2010

CORETAN DARI DEWAN UNDANGAN SABAH

20 April, pastinya terpahat dalam diari ahli Kelab Setia SMK Pitas, bahkan diri saya sendiri dan guru pengiring lain apabila rombongan Kelab Setia SMK Pitas seramai 25 orang melawat dan menyaksikan secara 'live' persidangan dewan undangan negeri Sabah. Dengan kerjasama Jabatan Penerangan Pitas dan komunikasi berkala melalui e-mail dengan setiausaha DUN Sabah, maka impian kami menjadi realiti. Kunjungan kami lebih bernilai tambah apabila kami diberi penghormatan menyambut ketibaan YAB Ketua Menteri di pintu utama. Pengerusi MPP kami juga bernama "Musa" dan kakitangan protokol meletakkannya di depan menyambut YAB (lihat gambar). Coretan saya mungkin boleh menggambarkan suasana berada di DUN.
  • Staf DUN yang diketuai oleh YBgh, En.Bernard Dalinting menyambut kami dengan mesra dan baik sekali..terima kasih.
  • Datuk Ewon, Datuk Jahid, YB Lumadan dan Datuk Jainab agak peramah dan mesra menyambut lawatan kami.
  • Datuk Herbet...tak tegur pun kami...its ok.
  • Persidangan bermula 10 am, dengan sesi jawaban lisan. Antara yg tampil menjawab ialah Datuk Jainab, Datuk Hajiji, Datuk Nasir, Datuk Pang, Datuk Yee, dll. Nada dan gaya mereka terlalu bersahaja dan kurang menarik. Semasa sesi soalan tambahan,tidak banyak YB yang bertanya dan ini menimbulkan banyak persoalan dalam diri tentang sejauhmana pengetahuan mereka terhadap isu-isu tertentu.
  • Isu pemeliharan burung walit disentuh tapi saya tidak nampak kepentingan isu anjing liar dan kucing peliharaan dijadikan soalan utama di peringkat DUN. Isu ini boleh selesai di peringkat kerajaan tempatan.
  • Sebaik sahaja sesi jawaban lisan selesai, bermulalah sesi ucapan terima kasih terhadap ucapan TYT. Setiap YB diberikan masa 30 minit. Sebaik sesi ini bermula YAB Ketua Menteri dilihat meninggalkan dewan dan disusuli dengan menteri, pembantu dan YB lain. Yang setia dalam dewan seperti Datuk Donald, Datuk Azizah, Datuk Edward Yong, dll.
  • Mereka yang keluar dewan dilihat minum dan berborak di luar (TV disediakan) tetapi selepas beberapa ketika mereka dilihat masuk semula seperti Datuk Masidi, dll.
  • Saya perhatikan ada YB yang asyik dengan HP tetapi ada juga yang dilihat asyik mencatat seperti YB Donald, Azizah, YB dari SAPP, dll.
  • Ucapan YB Ramlee,YB Zakaria agak bernas dan padat dengan isi.Ucapan YB Johnny pun baik tetapi perlu meningkatkan kelancaran berucap.
  • YB Yee berucap dalam BI dan agak serius...rakan YB lain mau joke tapi dia tetap serius.
  • YB2 yang baru seperti Tandek, Matunggong, Banggi mcm belum penampilan yang ketara kerana tidak satu pun soalan tambahan dari mereka.
  • Dalam soal soalan2 tambahan, YB Datuk Arif dan Datuk Zakaria dilihat sangat rajin bertanya dan berkualiti.
  • Saya lihat ramai juga orang awam yang mundar-mandir sambil memegang sampul surat. Mungkin cuba mengambil peluang berjumpa dengan YB dalam keadaan dimana protokol yang minima.
  • Terima kasih YB Anita dan YB Sarapin yang sudi menerima sampul surat kami. Haha
  • Secara keseluruhan saya perhatikan "mereka" dilihat memberikan tumpuan sewaktu Ketua Menteri ada dan selain itu dilihati tidak memberikan perhatian.
  • Yang betul2 memperhati dan duduk diam ialah pengarah atau wakil dari setiap agensi yang duduk di bhgn belakang barisan menteri/pembantu menteri.
Terlalu panjang coretan ini. Akhirnya terima kasih kepada YB Datuk Bolkiah yang memberikan masa untuk menyambut kami dan memberikan sedikit kata perangsang kepada pelajar.YB turut menyumbang utk kos makanan kami. Lawatan ini amat bermakna kepada kami dan sepanjang perjalanan pulang pelajar tidak henti2 mengulas perjalanan sidang, isu dan gelagat para VIP yang mereka nampak sendiri. Pengalaman adalah ilmu dan guru paling hebat....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ai.. ai Datuk Pendeta Herbert tidak tegur "rakyat".... mungkin bukan dr kadamaian...

gerbangpitas berkata...

betul jugalah "rakyat" yg dtg tu x dari kedamaian tetapi kapasiti sbg pembantu menteri x terhad kpd rakyat kadamaian saja. kedua..ramai YB, Datuk. menteri bahkan Ketua Menteri sendiri yg menyapa para pelajar dgn penuh mesra. Tapi sya x anggap ini isu besar.siapalah kami,pelawat biasa yg perlu disambut atau ditegur. Isu ini terpencil.saya sekadar mencoret pengalaman kami di DUN.tq