Pengikut

22 Oktober 2009

SEDIKIT LEWAT TAPI BELUM TERLAMBAT

Saya berkongsi maklumat dan isu TERBARU yang mungkin sebilangan kita sudah tahu. Hal ini berkaitan Sabah Sarawak....
  1. Kabinet telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet tentang Bumiputera Sabah dan Sarawak yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri. Ahli-ahli terdiri daripada YB Tan Sri Bernard Dompok, YB Dr Maximus dan YB Datuk Douglas Embah. Sebelum ini hal ehwal tentang Sabah Sarawak di letakkan di bawah unit khas ICU, JPM tetapi kurang efektif. Atas desakan pelbagai pihak khususnya rakyat Sabah Sarawak, kini kerajaan mengambil langkah proaktif. Tan Sri Dompok dalam kenyataannya berkata bahawa jawatankuasa ini bakal menyelesaikan isu-isu tertunggak tentang Sabah Sarawak. Kalau ikut sistem sedia ada, jawatankuasa yang ditubuhkan diperingkat kabinet mempunyai kuasa yang luas dan pastinya inilah jawaban kepada segala keluhan kita selama ini. Maksud "isu-isu tertunggak" pastinya masih samar. Bagi saya kehendak itu jelas iaitu kembalikan "kontrak" asal Perjanjian Malaysia seperti isu agama, bahasa, pentadbiran awam, royalti, imigresen dan sebagainya. Tidak pun 100%, kembalikan yang HAK. Paling UTAMA ialah selesaikan IBU kepada segala masalah iaitu KEBANJIRAN PENDATANG ASING YANG KEMUDIAN DIBERIKAN MY KAD. Terima kasih PM dan tahniah kepada Tan Sri Dompok, Dr.Max yang tidak berhenti bersuara !
  2. Kerajaan Persekutuan mengisiytiharkan 16 September sebagai cuti umum. Hal ini sudah diperjuangkan sejak awal tahun 1980-an dan HAMPIR 30 tahun baru DILULUSKAN. Sekarang kita ada hari kemerdekaan dan hari malaysia. Sekurang-kurangnyanya cuti ini akan sentiasa menyegarkan rakyat Malaysia bahawa Malaysia dibentuk melalui gabungan 3 negara. Sekali lagi terima kasih PM. Mesej lain ialah janganlah berhenti bersuara dan meminta selagi itu adalah hak...walau menunggu 30 tahun !

3 ulasan:

The Writer berkata...

Teruskan berblog... walaupun diurang belum tebaca... haha

Tanpa Nama berkata...

walaupun lambat kalau sesuatu terus diperjuangkan, pasti ada pihak yang akan menunaikan...

Ronaldmohoni berkata...

hello cikgu.
saya menyokong pengistiharan cuti umum 16 september.
Tapi kita jangan lupa, Pakatan Rakyat pun berjuang dalam hal ini. 30 tahun perkara ini di perjuangkan, bila pakatan rakyat bersuara baru perkara ini di wartakan.