Pengikut

17 April 2009

NILAI KEJUJURAN

Bagi anda yang biasa melalui jalan Kg.Taka, Pitas, pasti anda biasa melihat pemandangan seperti gambar di atas. Gerai menjual pisang, terutama pisang emas. Yang uniknya ialah.kita jarang melihat penjaga jualan tersebut. Pemilik hanya menulis harga pisang dan menyediakan plastik hitam. Mereka yang berniat untuk membeli hanya perlu meletakkan wang dlm bekas plastik. Nilai di sini ialah kejujuran. Situasi ini juga memperlihatkan betapa nilai murni ini masih menjadi amalan majoriti rakyat Pitas. Bagaimana di tempat lain? Berapa banyak agaknya daerah atau tempat lain yang masih boleh mengamalkan kaedah jualan seperti ini yang meletakkan kejujuran sebagai pra syarat utama? Tahniah untuk semua warga Pitas....

P/S : mohon maaf dgn kualiti gambar yang rendah

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kejujuran lebih byk d amalkan d kwsn luar bandar, berbanding d bandar. satu kunikan yang ada d pitas.....kan..hehehe

Tanpa Nama berkata...

CIKGU MAKLIN

NAPA KO NDAK JAWAB KOMEN KU TU? MAKLIN...MAKLIN...MAKLIN

Gembala Enos berkata...

saya pernah beli pisang di gerai dorang. saya pun jujur sebab ambil dan bayar...hehe...

Tanpa Nama berkata...

nah, yang menjual di sana tu saya punya macik2 tau.... bangga juga saya sikit..tp pernah juga tu duit drg kena ambil org tapi drg tidak putus harapan utk terus mengharapkan kejujuran insan ....

Unknown berkata...

kejujuran? bukan semua orang jujur. Baru-baru ini saya balik kampung. Kg. Dandun. Saya menjadi mangsa penipuan oleh seorang lelaki dari ulu yang menumpang di kampung kami. Lelaki itu menawarkan pertolongan untuk membeli seikat papan berharga RM300 dari kilang papan, katanya dia boleh mendapatkan potongan harga istimewa kerana lesen pembalakannya digunakan oleh kilang papan itu. Apabila papan itu tiba, saya mendapati papan itu bukan jenis RM300. Oleh itu, saya telah ke kilang papan itu dan saya mendapati harga papan itu hanya RM180.00. Saya telah memberikan RM350 kepada lelaki itu, selepas ditolak harga papan (RM180), sewa kereta (RM60), dan komisennya (RM20), lelaki itu sebenarnya menipu RM90.00 daripada saya. Selain itu, lelaki tersebut juga telah menerima RM170.00 daripada saya untuk bayaran pendahuluan beruti yang dibuat oleh anaknya. Lelaki itu berjanji akan menghantar beruti ke rumah emak saya yang sedang dibaiki pada Sabtu (24/4) tetapi hingga hari ini (30/4) tiada sebarang penghantaran dilakukan. Emak saya telah meminta wang saya dikembalikan, tetapi lelaki yang anda kenal rapat itu tidak berbuat demikian. Malah isterinya menyuruh emak saya menyewa lori untuk mengangkat beruti yang ditinggalkan dalam hutan rimba entah dimana.
Adakah lelaki ini jujur?