Pengikut

01 November 2008

" LAIN-LAIN "

Dengan rasminya undian tentang taraf peribumi Sabah ditutup sebentar tadi dengan memperlihatkan bahawa 70% pengunjung blog saya tidak bersetuju bahawa taraf kaum Dusun (mewakili puluhan etnik lain) disamakan dengan taraf orang asli di Semenanjung Malaysia (SM). Tujuan saya membuka undian bukan untuk merendah-rendahkan taraf orang Asli di SM ! Of course kita mengasihi mereka dan menghormati mereka sebagaimana Allah turut memperhatikan mereka. Namun undian ini timbul apabila beberapa pemimpin politik mengetengahkan cadangan MURAHAN bahawa segala keistimewaan yang dinikmati oleh orang Asli di SM akan dipertimbangkan untuk turut dinikmati oleh kaum Dusun. Persoalannya :
  1. Adakah cadangan ini bermaksud bahawa wujud susunan 'kasta' mengikut kaum di Malaysia sebagai indoktrinasi pemikiran bahawa kaum lain lebih istimewa dan dominan?
  2. Adakah cadangan penyamaan taraf ini membayangkan bahawa taraf kaum Dusun lebih tinggi atau lebih rendah daripada orang Asli?
  3. Adakah cadangan ini bermaksud bahawa rupa-rupanya selama ini banyak keistimewaan berupa hak yang tidak dinikmati oleh kaum Dusun?

Justeru...isunya bukan apakah keistimewaan yang sepatutnya atau bakal dinikmati tetapi ialah soal taraf. Sewaktu SUHAKAM dalam road show mereka di Pitas suatu ketika dulu..saya pernah berhujah dalam forum terbuka bahawa banyak penindasan hak asasi 'tersembunyi' yang wujud di Malaysia. Contohnya : perhatikan ruangan BANGSA/KAUM dalam hampir semua jenis borang yang diisi oleh penduduk Malaysia. Dalam ruangan yang bertanyakan latar kaum..hanya ruangan Melayu...Cina..India yang wujud. Selebihnya ruangan "LAIN-LAIN". Saya berhujah bahawa ini adalah satu bentuk penindasan hak asasi 'tersembunyi' yang menidakkan hak dan taraf peribumi di Malaysia. Ini sekaligus bertentangan dengan Konvensyen Hak Asasi Antarabangsa.

P/S : Apakah perasaan anda apabila kaum anda dikategorikan sebagai "lain-lain". "Lain-Lain" mempunyai banyak analogi dan konotasi makna !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adei Cikgu bikin malu owh kalau masa kita isi borang..bangsa Dusun tidak tersenarai...mahu tidak mahu kena isi lain-lain lah..mcmana tue?

Unknown berkata...

Saya pun x berapa 'suka' bila kita isi borang, bangsa kita jadi 'lain2'...saya harap SUHAKAM melaksanakan tanggungjawab mereka bagi kita yg perlu pembelaan dalam hal ini...

Tanpa Nama berkata...

inilah 'keciciran' namanya apabila kita asyik 'yes men' dalam segala hal sdangkan kita sudah lama dlm MALAYSIA..juga dlm lipatan sejarah..sampai bila kita terus 'angguk' saja bila ada usul tanpa sebarang bantahan...