Pengikut

05 November 2008

BARACK OBAMA : Anjakan Paradigma Pengundian

Pengkhususan saya dalam bidang Sejarah membolehkan sejarah kaum kulit hitam di Amerika Syarikat begitu dekat dalam memori saya. Justeru kemenangan Obama sebagai Presiden USA yang ke-44 sememangnya satu catatan sejarah yang begitu bermakna bukan sahaja kepada USA dan dunia tetapi bagi saya istimewa kepada masyarakat kulit hitam. Saya tidak berkata tentang orang Negro tetapi kaum kulit hitam kerana yang menjadikan kemenangan beliau sangat bermakna kerana menjadi "orang berkulit hitam pertama yang menjadi Presiden USA". Saya teringat tentang Thanksgiving Day (Hari Pengucapan Syukur) yang dirayakan di Amerika sebagai hari memperingati bagaimana orang kulit hitam menolong orang kulit putih yang terawal sampai di Amerika. Maksudnya..selama ratusan tahun (lebih mudah..sejak negara USA wujud) , pemimpin USA adalah kaum pendatang, khususnya berdasarkan rentetan 43 Presiden USA semuanya berkulit putih. Sebab itulah kemenangan Obama ini walaupun bukan mewakili kaum Negro tetapi mewakili kulit hitam (orang berkulit hitam di negara lain jangan pula perasaaaannn) dan dianggap bersejarah ! Kemenangan ini merupakan anjakan paradigma dalam trend pengundian yang boleh mendidik kita dalam banyak hal, iaitu :
  • Pemimpin yang sejati boleh menembusi ras dan memecahkan tembok sejarah !
  • Rekod lampau boleh dipertaruhkan tetapi visi masa depan lebih mempengaruhi !
  • Aliran wang dari bawah (penyokong) mengalir ke atas (pemimpin) dalam bentuk dana adalah lebih sihat berbanding di sebaliknya (seperti budaya di Malaysia) !
  • Mereka membuktikan tentang penerimaan sesama manusia melalui tindakan dan bukan setakat retorik semata-mata (seperti di Malaysia)

Gerbang Pitas mengucapkan tahniah kepada Barack Obama. Anda mungkin tidak mengenali saya dan saya juga bukan pemuja anda. Saya mengkagumi anda pada hari pertama diumumkan bahawa anda akan bertanding Presiden USA kerana tindakan anda untuk bertanding membuktikan karakter dan kualiti anda sebagai pemimpin. Anda telah memecahkan tembok ras dan "menerbitkan satu buku sejarah yang baru" . Pemimpin yang sejati sesungguhnya harus berani memulakan anjakan paradgima !

Tiada ulasan: