Pengikut

17 September 2008

DOA UNTUK MALAYSIA

  • Hari ini undian dalam blog saya ditutup dengan rasmi dengan keputusan 95% pengunjung bersetuju bahawa Sabah sepatutnya merayakan kemerdekaan pada 16 September dan bukannya 31 Ogos. Sememangnya fakta sejarah tidak boleh diubah ! Kehendak rakyat Sabah bukan emosional tetapi fakta sejarah yang menjadi pemangkin sentimen.
  • Semalam pula, 16 Sept gereja PCS Pekan Pitas mengadakan Kebaktian Hari Malaysia. Kami mengadakan kebaktian ini setiap tahun sebagai komitmen gereja terhadap perpaduan, kemakmuran dan berkat berterusan untuk Malaysia. Firman Tuhan jelas bahawa kewujudan sesebuah negara dan kewarganegaraan kita dalam negara tertentu telah ditentukan dengan oleh tangan Tuhan sendiri. Kebaktian diisi dengan pelbagai acara dan saya fikir acara yang amat menarik ialah pengkisahan semula sejarah Malaysia dari sudut Kristian, doa safaat dan penayangan filem khas tentang bagaimana kuasa Allah bekerja dengan ajaib di negara yang menutup pintu kepada Khabar Baik. Tayangan ini membuka hati dan minda jemaah tentang kuasa kasih dan Firman Tuhan.
  • Pergolakan politik negara menyegarkan sentimen kita terhadap perkongsian kuasa yang dibentuk dalam gagasan Malaysia. Sesungguhnya apa pun yang berlaku, ke mana pun halatuju negara atau negara kita menjadi seperti apa pada masa akan datang, hakikat tentang pembentukan Malaysia mesti dikekalkan. Tuhan berfirman kepada Yosua agar menceritakan sejarah bangsa Israel kepada keturunan mereka tanpa putus.Tuhan mahu agar generasi Israel 'membukukan' sejarah negara dan bangsa mereka dalam hati. Justeru kita harus memastikan bahawa tiap generasi di Sabah ingat dan membukukan sejarah ini dalam hati mereka bahawa "Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu adalah 3 NEGARA yang bersetuju membentuk Malaysia "
  • Gereja juga berperanan memastikan sejarah yang benar diberitakan kepada tiap generasi kerana penyelewengan fakta sejarah membawa kepada penghakisan hak yang turut melibatkan Jemaat Gereja sebagai warganegara Malaysia.
  • Lagu DOA UNTUK MALAYSIA seharusnya diketahui dan dinyanyikan secara berkala di dalam gereja sebagai pernyataan komitmen dan kerinduan gereja agar Malaysia menjadi negara yang 'digerakkan' oleh Tangan Tuhan.

Tiada ulasan: