Keterlibatan saya dalam kepimpinan gereja bermula sejak tahun 1994. Dalam belia sampai belia pusat (term 1997/98 kalau tak silap). Menjadi Pengerusi PGKS sejak 1997. Antara pengasas PCS Pekan Pitas dan menjadi pengerusi sejak tahun 2002. Begitu juga memimpin beberapa NGO, penganjuran aktiviti NGO dan di sekolah. Semua ini merupakan catatan yang indah dalam mematangkan kepimpinan dan pelayanan. Memang banyak kali saya dijemput menyampaikan ceramah tentang kepimpinan dan biasanya saya lebih suka berkongsi dari segi tips pengalaman sendiri dan kurang menceduk dari buku yang membicarakan kepimpinan. Apabila saya merenung kembali liku-liku kepimpinan saya...saya hanya mampu tersenyum dan akhirnya bersyukur kepada Tuhan kerana nyata DIA boleh mengangkat siapa juga menjadi pemimpin. Dulunya dalam keluarga...saya digelar oleh abang2/kakak2 sebagai BOTUTONG ! Yang bermaksud 'agak slow' Ini merujuk kepada daya respon dan tindakan yang lambat. Bahkan sehingga tingkatan 5, saya tidak terlibat dalam sebarang organisasi. Justeru kalau orang bertanya kepada saya...apakah tanggapan saya soal kepimpinan, berdasarkan pengalaman saya ialah :
- Tuhan bisa mengangkat siapa juga menjadi pemimpin asal saja dia berfikir dan bertindak sebagai HAMBA !
- Seseorang tidak dilahirkan sebagai pemimpin tetapi semua orang berpotensi dilatih sebagai pemimpin !
Banyak lagi tanggapan saya tentang kepimpinan tapi saya akan sambung pada masa akan datang. Ingatlah...Tuhan boleh mengubah orang BOTUTONG menjadi penggerak massa. Tuhan boleh mengubah anda !
Mulai esok saya tidak akan dapat mengemaskini blog ini. Saya akan ke Nabawan sehingga 30 September. Kalau ada tenaga tambahan saya juga akan menghadiri (pemerhati bagi pihak EXCO) Persidangan Belia PCS 2-4 Oktober. Jumpa lagi