Pengikut

06 Julai 2008

TEKANAN KERJAYA PERGURUAN

Di tengah kekalutan politik negara, timbul isu tekanan kerja dalam profesion perguruan yang ditimbulkan oleh kesatuan perguruan kebangsaan (NUTP). Tanggapan masyarakat umum ialah bahawa kerjaya perguruan sangat mudah kerana hanya bekerja setengah hari. Pada hari ini, tanggapan itu sudah meleset. Kalau masih ada yang beranggapan sedemikain, mungkin mereka mengambil contoh di beberapa tempat di mana guru bersikap sambil lewa. Kalau seseorang guru itu benar-benar menghayati dan melaksanakan kerjaya keguruan dengan amanah dan profesional maka dia akan berhadapan dengan bebanan dan tekanan yang sangat hebat. Saya ambil contoh dari diri saya sendiri :


  1. Menyediakan rancangan pengajaran harian...mesti ada 2 rancangan mengajar setiap hari.

  2. Datang ke sekolah 6.40 pagi (secara jujur saya biasanya datang sekita 7 am kerana mesti menghantar anak ke sekolah)

  3. Jumlah waktu mengajar 22 waktu.

  4. Subjek di ajar Pengajian Am Kertas 1 & Kertas 2, Sejarah Kertas 1 & Kertas 2 (Tingkatan Enam)...Bidang kedua-dua subjek ini sangat luas. Melibatkan pengetahuan isu yang update, penguasaan bahasa laras sastera dan laras sains, taksiran dan tafsiran data, aspek sejarah menyeluruh (tamadun dunia, tamadun islam, sejarah Asia dan sejarah Malaysia)

  5. Menjadi Guru kelas..kehadiran, yuran, masalah disiplin, dll

  6. Menjadi Ketua Panitia Sejarah..mesyuarat dan perancangan berkala untuk meningkatkan pencapaian subjek

  7. Penyelaras pengurusan tingkatan 6...semua hal yang berkaitan tingkatan 6

  8. Penasihat kokurikulum Taekwondo dan hoki...aktiviti sebelah petang

  9. Memeriksa buku latihan/kerja pelajar. setiap latihan ada 30 buah buku dan bayangkan kalau semua subjek/kertas....cara memeriksa latihan mestilah menggunakan skema khas.

  10. Kerja-kerja tambahan dari semasa ke semasa seperti gotong royong, mesyuarat, sukan, seminar, perkhemahan, kursus, dll

  11. Pengurusan kes-kes disiplin dan ibu bapa

  12. Dan banyak lagi.................
Menurut dapatan jumlah guru yang menghidap penyakit serius akibat stress semakin meningkat.Statistik setiap tahun yang mana pada tahun lalu saja 125 guru menghidap pelbagai penyakit serius antaranya penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta kanser dengan nilai tuntutan insurans RM5.2 juta dan ada antaranya disebabkan tekanan. Sehingga Jun tahun ini saja, 38 kes guru menghidap penyakit serius akibat tekanan direkodkan membabitkan nilai tuntutan insurans RM2.1 juta. Statistik ini amat membimbangkan. Berbanding pada 2006, 106 kes guru menghidap penyakit dengan tuntutan insurans RM4.7 juta.

Berdasarkan pemerhatian saya selama 14 tahun menjadi guru, keunikan kerjaya guru ialah bidang/skop kerjaya yang menyeluruh. Seorang pegawai pertanian berurusan dengan seseorang tanpa mengambil kira disiplin seseorang itu. Seorang guru bukan sahaja mendidik dan membimbing tapi harus berusaha membentuk peribadi murid itu. Hal ini merupakan cabaran emosi kepada guru kerana pelajar itu telah ada sikap sedia ada yang dibentuk sejak kecil dalam keluarga kemudian diadun dengan pengaruh luar...lalu guru pula yang dipertanggungjawabkan mengubah perangainya....

Justeru selayaknya NUTP mendesak kerajaan agar bidang kerja guru harus ditumpukan kepada pengajaran & pembelajaran di kelas. Soal-soal pentadbiran dan pengurusan hal ehwal murid sepatutnya dikendali oleh satu unit lain di sekolah yang tidak melibatkan guru. Kalau ada yang masih beranggapan bahawa kerjaya guru mudah....saya boleh mencabar anda untuk tukar suka sama suka selama sebulan...dengan syarat anda harus menghayati dan melaksanakan sepenuhnya bidang ini sesuai dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bersyukurlah anda mempunyai kerjaya sebagai seorang guru.. anda mempunyai masa terluang yang banyak berbanding dgn kerjaya lain.. pergi ke sekolah jam 6.40am mungkin terlalu awal bagi sesetengah org.. tp, ada pekerjaan yg memerlukan seseorg utk bangun seawal 4.30am, dan mula kerja jam 5am hinga 5pm.. dan mungkin ada yg lebih awal lg daripada itu.. malah masa bekerja seminggu bg guru 5 hari shja.. mgkin byk tugasan dan tgjwb yg diberi kpd guru, namun fikir2kan lah ttg tgjwb anda thdp msyrakat.. anda memilih kerjaya sbgai guru.. atau mungkin terpaksa atas desakan dsbnya..

Tanpa Nama berkata...

tolong kongsikan kerjaya sebagai guru dari segi bidang tugas, gaji, masa bekerja, tmpt tinggal dan sebagainya.. anda boleh wujudkan artikel mengenai kerjaya dlm apa2 bidang yg mungkin menarik.. blog anda dikunjungi oleh kebanyakan remaja, org muda yg mungkin masih tercari2 hala tuju.. anda mempunyai pengaruh yg besar di tempat anda.. jadi, gunakanlah kesempatan ini utk kemajuan bersama. Terima Kasih.

The Momogun berkata...

Guru pada saya boleh jadi tokoh atau apa saja....bergantunglah pada cara kita membawa diri dalam kerjaya..

saya sokong guru yang berwibawa seperti anda.

gbu

Tanpa Nama berkata...

saya amat setuju dgn cadangan cikgu....kalau diamati pada skop "guru" itu sendiri, tugasnya hanya mengajar...mmg patut ada unit lain yg menguruskan skop luar daripada guru...

jgn kan guru sbb mmg tugasnya sedia maklum, saya yang hanya bekerja sebagai kerani biasa juga menghadapi tekanan padahal kerja hanya tertumpu pada satu bidang saja...

jadi, cikgu usaha la agar suara hati itu menjadi suara besar. mungkin sdh tiba masanya kementerian mengubah semula struktur tugas kamu sejajar dengan trend pembelajaran dan pengajaran masa kini....

steve berkata...

Salam sejahtera...

saya guru baru..baru sja posting..dari sarawak..sebelum memilih profession guru ni dah 7 tahun saya kerja sebagai pegawai kerajaan..dah 4 jabatan yang saya masuk..orang kata kerja guru ni setengah hari jer..gaji besar..dalam seminggu 5 hari bekerja..tapi bebanan tugas seorang guru ni hanya guru sendiri sahaja yang tahu..siapa bilang tugas hari bekerja guru 5 hari sahaja? hari sabtu pun kena turun ke sekolah jaga pelajar gotong royong..jaga pelajar kokurikulum..siapa kata kerja seorang guru separuh hari? dah lepas mengajar waktu pagi pun kena turun kelas petang untuk mengajar kelas tambahan pelajar..tolonglah ubah minda dan fikiran anda sekiranya anda bukan seorang guru dan hanya pandai mengatakan bahawa kerja guru ini sangat senang...saya memilih profession keguruan bukan kerana terpaksa tapi ada satu kepuasan yang saya dapati apabila saya berdiri mengajar anak2 murid saya..hanya seorang yang mempunyai naluri sebagai pendidik sahaja yang faham..profession guru ini adalah mulia..yang memberikan kepuasan kepada jiwa saya berbanding dengan kerja saya yang lepas..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya baru 2 tahun mengajar d kawasan pedalaman. Masalah saya, bebanan tugas saya selalu membuatkan saya tertekan, kebanyakan tugas yang sepatutnya dibuat oleh guru lain diserahkan pada saya, dgn alasan..saya guru muda dan 'tahan badan', guru2 lama d sekolah saya mengajar seolah2 ingin lepaskan tugas2 pada saya..saya betul2 tertekan dan selalu rasa ingin berhenti kerja>

antara tugas2 saya>

1. Guru panitia PSV
2. Guru kelas tahun 6
3. Guru LINUS
4. mengajar 28 masa seminggu
5. Guru keceriaan sekolah
6. Mengajar BM tahun 1 dan 6, PSV tahun 4, 5 ,6, muzik tahun 6
7. setiausaha peperiksaan
8. Guru pembantu pusat sumber

tugas sampingan>

Saya juga diarah utk membuat program utk ibu bapa dan pelajar (tahun 6) yang mana tugas ini seolah2 saya seorang saja yang dipertanggungjawabkan.

Setiap kali ada aktiviti yang memerlukan sekolah utk menyediakan makanan utk pelajar dan guru, saya saja yang diarahkan menyediakan menu, membeli barang2 keperluan dan memasak..guru lain hanya tunggu waktu makan..

Saya rasa saya d buli.