Pengikut

11 April 2008

SEKADAR RETORIK


SERTAI PERKHIDMATAN JABATAN PERSEKUTUAN

KOTA KINABALU: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menggalakkan agar lebih ramai rakyat dari Sa-bah dan Sarawak memasuki perkhidmatan kerajaan di peringkat persekutuan supaya lebih ramai pegawai dari kedua-dua negeri dapat dilantik ke jawatan tinggi dalam Perkhid-matan Awam Persekutuan.
Katanya, dengan adanya lebih ramai rakyat Sabah dan Sara-wak memasuki Perkhidmatan Awam Persekutuan, ia sudah tentu lebih ramai lagi daripada mereka akan dapat mengisi jawatan tinggi di peringkat persekutuan.
“Kita memahami tidak ramai daripada rakyat Sabah yang me-masuki perkhidmatan awam persekutuan…agaknya mereka lebih suka dengan perkhidmatan awam di peringkat negeri,” katanya kepada pemberita pada persidangan media selepas mengadakan majlis perjumpaan bersama Mayor dan Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah, di sini, kelmarin.
Sebelum ini beberapa pihak di negeri ini meminta agar lebih ramai rakyat dari Sabah yang diberi peluang untuk memegang jawatan penting dan kanan dalam perkhidmatan awam di peringkat persekutuan.
“Saya akan bincang dengan semua orang yang berkaitan (mengenai perkara ini), biasanya ianya berasaskan merit dan pendekatan itu merupakan yang baik yang perlu diambil…tapi nampaknya kalau semuanya ikut merit…kalau tidak ramai orang yang masuk dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan, sudah sikitlah,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, anak-anak muda dari negeri ini yang baru keluar daripada universiti boleh digalakkan untuk memohon kerja untuk mendapatkan jawatan dengan Perkhidmatan Persekutuan.
“Ini supaya di masa hadapan lebih ramai dapat dilantik ke ja-watan yang tinggi di peringkat perkhidmatan persekutuan,” kata-nya. Terdahulu itu, beliau berkata, isu-isu asas seperti isu sampah, longkang, rumput dan jalan raya (SLR) merupakan isu yang penting dan perlu ditangani oleh pihak PBT.
Demikian berita yang disiarkan oleh semua akhbar tempatan hari ini. Nampak menarik tetapi kalau kita memperhalusi kata-kata beliau kita tahu bahawa semua ini hanya retorik dan permainan kata-kata. Kononnya mendorong rakyat Sabah yang berkelayakan untuk menyertai perkhidmatan persekutuan.Beliau juga dengan ilusinya mengandaikan bahawa rakyat Sabah hanya berminat menyertai perkhidmatan awam negeri. Betul ka begitu ? Tahukah kita bahawa proses pengambilan dalam sistem perkhidmatan awam yang dikendali oleh JPA dan SPA adalah berdasarkan kuota dalam beberapa aspek seperti bangsa/kaum, agama, wilayah dan banyak lahi. Kuota ini menyebabkan pengambilan menjadi tidak adil. Bayangkan kalau ada 100 rakyat Sabah yang layak tetapi kuota hanya untuk 10 orang......Sepatutnya sistem yang paling adil ialah pengambilan berdasarkan merit atau meritokrasi. Konteks perkhidmatan awam ini luas termasuklah perkhidmatan perguruan. Pengalaman saya selama 14 tahun, saya mendapati ramai guru dari 'luar' Sabah yang ditempatkan di Sabah sebenarnya kelayakan akademik mereka tidak mencukupi untuk memasuki jurusan pendidikan di Universiti tetapi kerana keistimewaan, kuota (dan faktor lain yang tersembunyi) mereka dikatakan "berminat dan layak".
Saya tidak meneruskan hujah saya dalam isu dan polemik ini. Saya membuka blog ini untuk anda menilai dan memberikan hujah terhadap isu ini amnya dan berita oleh KSN kita khususnya. Sesungguhnya keadilan yang sebenar ialah apabila semua yang layak harus diberi dan menerima peluang.

1 ulasan:

AlphaMan berkata...

Saya setuju dengan pendapt suadara, but im more concern about the second issue, iaitu tentang penghantaran guru-guru from semenanjung, my questuin is:

i. Guru2 dari Sabah x layak ka?, terutama profesion ustaz @ ustazah, kalau betul kurang,rekrut la lepasan sekolah, alasan x minat memang x masuk akal, cuba kita tanya belia-beliawanis kita - contoh 4000 memohon masuk IP 400 ja diterima. Bagi saya guru2 dari semenanjung bikin habis duit kerajaan saja. Cuba anda kira berapa duit kerajaan habis untuk bayar elaun perumahan mereka, belum masuk lagi untuk bayar tiket k/terbang mereka dan lain-lain lagi. Kalau alasan utk integrasi nasional, x da cara lain lagi ka? --Yang tidak mengorbankan peluang rakyat Sabah dan wang kerajaan.

Saudara Maklin, kalau saya ikut hati panjang ni cerita tapi saya adalah orang yang lebih praktikal dan realistik iaitu BAGUS JUGA KITA TAHU MASALAH INI TAPI YANG PALING PENTING IALAH APA YANG KITA PATUT LAKUKAN?

The Alphaman
(Vincent J)