- Proses pewujudan Majlis Daerah Pitas (MDP) sekarang dalam peringkat kabinet serta penyusunan perjawatan di peringkat SPA. Ini bermaksud, pada masa terdekat Pitas tidak lagi bergabung(bernaung) dengan Kota Marudu dalam konteks pengurusan PBT tetapi mempunyai PBT sendiri. Saya berbangga dengan langkah proaktif dan berani yang dilakukan oleh DO kerana walaupun kapasiti sekarang belum mampu untuk membiayai PBT sendiri namun beliau sanggup memulakan.
- Sebuah 'agro-bank' akan ditubuhkan di Pitas. sekarang dalam proses 'melobi' agar bank tersebut dapat membuka cawangan secepat mungkin.
- Kawasan rekreasi/riadah akan di pertingkatkan, di mana di samping taman rekreasi yang hampir siap, sebuah kolam rekreasi sedang dibina.
- Terminal bas akan dinaiktaraf/diaspal
- Sebuah pusat pemasaran hasil pertanian akan diwujudkan.
Berbalik kepada mesyuarat tadi, saya telah dipilih menjadi Timbalan Pengerusi AJK Peniaga. Mengikut rekod, sekarang terdapat seramai 102 orang peniaga (kecil-besar) yang sedang berniaga. Banyak isu yang perlu diurus demi memastikan proses perniagaan di kawasan tamu berjalan lancar. Antaranya, pengurusa sistem trafik (terutamanya semasa tamu), kemudahan tandas awam, kebersihan, keselamatan premis, kebersihan dan banyak lagi. Bagi saya secara peribadi akan cuba menjalankan tanggungjawab supaya kawasan tamu menjadi tempat perniagaan yang selamat, bersih dan 'menguntungkan' peniaga dan pembeli.
Bagi pengunjung blog gerbangpitas ini yang merupakan pembeli/pelanggan kepada sebarang perniagaan di kawasan tamu, sekiranya anda mempunyai sebarang idea dan cadangan untuk meningkatkan kualiti persekitaran dan perkhidmatan, bolehlah menghubungi saya sama ada melalui blog ini atau cara lain.
9 ulasan:
web pejabat daerah pitas tidak dapat masuk...link MASUK belum siap...
bagus lah kalu sudah ada perancangan untuk memajukan Pitas...
cuma, besar harapan kami sebagai penduduk Pitas... semuanya bukan hanya sampai setakat peringkat perancangan saja tapi kepada pelaksanaan dan juga penduduk dapat menikmatinya
bkn setakat sampai pelaksanaan saja...tapi sampai ke tahap maintenance juga...
tahniah sebab cikgu sudah ada blog sendiri. keep it up!
tahniah sebab cikgu sudah ada blog sendiri. keep it up. harap dapat ulasan and gambar2 dari pesta kaamatan daerah nanti. cheers!
tahniah cikgu. makin ramai yg tau blog ni.. sa pasti tlg cikgu utk terus promote blog ni kpd anak jati pitas yg dah merantau... sa tak dpt bagi pendapat yg bernas berkenaan dgn hal ini..
congrats sir..!! very nice contents! Keep up the good work!!
tahniah tuan, tujuan kita sama mau promosi pitas, so saya nak plawa tuan melawat blog saya di alamat berikut pitasdestinasiku.blogspot.com
marilah kita sama-sama kenalkan pitas di mata dunia
salam.. tahniah untuk cikgu jugk.sy merupakan pendatang dari semenanjung yang bekerja di PItas.makluman kepada oboy web pejabat kene masuk melului internet explorer.firefox x bleh.tq
Catat Ulasan