Pengikut

15 Ogos 2010

MONOLOG UNTUK ANAK SAYA

Semalam kami sekeluarga menyambut hari jadi anak sulung kami, Nathanael Owen bagi umur 9 tahun, hari ini. Sambutan yang sederhana ini diawalkan sehari kerana persiapan lebih mudah dibuat pada hujung minggu. Anak sulung saya yang kini berumur 9 tahun dan bersekolah tahun 3 d SK Pekan 2 Pitas kini mulai menampakkan ciri-ciri keperibadian dari pelbagai sudut.Saya bangga kerana saya benar-benar disisi dan dekat dengan proses tumbesarannya.Ini kerana sejak lahir sehingga tadika, kami tidak mempunyai pembantu rumah yang khusus maka saya dan isteri bergilir menjaga. Sekarang saya perhatikan, dia ada kematangan dalam pemikiran, kurang bercakap, minat subjek Sains, pengetahuannya tentang alam sekitar agak luas dan daya kreativitinya agak bagus. Satu sudut,dia ada sikap selfish yang kuat.Mungkin kerana ego sebagai anak sulung maka self defence amat jelas. Sewaktu kami berkunjung ke Taman Pertanian Tenom, pegawai yang mengiringi kami terlupa nama saintifik salah satu jenis Dinasour.Spontan anak saya memberitahu dan pegawai itu terdiam seketika.
Awal persekolahan agak payah bagi dia menyesuaikan diri.Mungkin kekangan bahasa.Sekarang penguasaan BM nya agai baik tapi jawabannya dalam subjek BM masih sederhana.Kelemahannya dalam BM memberi impak terhadap subjek lain dan ini agak membimbangkan dalam konteks sekolah kerajaan.
Terima kasih kawan2 yang sempat datang. Pastor dari PCS,SIB,rakan jemaat, kelab,sekerja dan pengarah hospital juga. Sambutan ala BBQ nampaknya agak sesuai dan saya gembiran kerana kali ini semua "bahan bakaran" habis..hehe

P/S : Anak saya minta izin tadi supaya dia tak pergi sekolah esok.Saya minta dia beri 5 sebab secara bertulis.Saya paparkan jawabannya..hehe (penderaan kah ini?)

8 ulasan:

Ronald mohoni berkata...

Hello cikgu,
Selamat hari jadi kepada anak cikgu.
Saya berharap anak cikgu akan menjadi insan yang berguna bila besar nanti.

ubi_kayu berkata...

Tahniah. Apa pandangan anda tentang penguasaan bahasa ibunda oleh anak-anak skrg?

MAKLIN MASIAU berkata...

Saudara Ronald, Tq dgn doa dan harapan anda utk anak saya.TQ juga kerana kita dah jd rakan dlm fb.moga persahabatan kita terus berkembang

MAKLIN MASIAU berkata...

Saudara ubi kayu,persoalan anda adalah cabaran sejagat utk kaum momogun secara menyeluruh.setelah umur anak sya masuk 7thn,kami dah mula dedahkan dgn kosa kata dan perbualan bahasa ibunda kita.sya bimbang klu terlalu awal timbul kecelaruan bahasa.setelah dia fasih dlm BI dan skrg BM,maka skrg we try utk ibunda.
disamping komitmen individu,sya harap komitmen politik juga mampu memperkasa bahasa ibunda diserap dlm sistem pendidikan.langkah UPKO amat tepat dan masih bnyk ruang utk diperkasakan.

marcuskhoo berkata...

His answers are SO cute! :)
Kalau saya tu, terus kasi benar ponteng sekolah la. Haha!
Blessed birthday to you son!

MAKLIN MASIAU berkata...

Cgu Marcus, memangpun dia dah diberi cuti khas semlm, isnin.hehe TQ

Tanpa Nama berkata...

he is a very smart and brilliant boy..wish the best for him..luv owen..

MAKLIN MASIAU berkata...

Tanpa Nama, TQ very much..