Pengikut

20 Ogos 2010

BRAVO UPKO !!!



Beberapa bulan lalu saya menyiarkan berita seminar penanaman lada hitam anjuran UPKO di Dewan Masyarakat Pitas. Selepas seminar masyarakat berpusu-pusu menghantar permohonan bibit lada hitam. 17 Ogos lalu, bertempat di Kg.Masin, Kanibongan telah berlangsung penyampaian bibit lada hitam kepada pemohon seramai 21 orang. Ketua Bahagian UPKO Kudat, Mr.Lightson memberitahu bahawa ini adalah penyampaian fasa 1dan dijangka bulan depan penyampaian fasa 2 akan dijalankan. Bibit terpaksa disampaikan secara berperingkat kerana bekalan bibit yang diterbangkan khas dari Sarawak agak terhad dan terpaksa bersaing dari tempat lain. Peserta fasa 1 ini merupakan peserta pilot projek lada hitam d Pitas yang merangkumi wakil daripada 21 kampung di Pitas. Saya perhatikan cara pemilihan amat telus. Dari hulu Pitas sampai ke Kanibongan semuanya ada wakil sebagai penerima.
Usaha murni UPKO ini bagi saya amat bertepatan dengan keperluan di Pitas. Saya berpendapat tanah tidak perlu dirampas dan berselindung di sebalik "projek khas". Cukuplah bantu penduduk dengan bibit, permudahkan urusan tanah, pantau projek tersebut dan kita akan menikmati hasilnya. Pegawai dari Lembaga Lada Hitam Malaysia memberitahu bahawa secara kasar pendapatan untuk 50 pokok dalam sekali tuaian minimum boleh mencecah RM1,500. Saya fikir pendapatan seperti ini lebih dari cukup untuk penduduk keluar dari garis kemiskinan. Pemberian bibit, sedikit bantuan tambahan dan bimbingan berterusan bagi saya adalah memenuhi peribahasa "memberikan mereka pancing" berbanding pemberian mata wang yang sekadar "ikan" dan menanamkan sikap kebergantungan kepada kerajaan.
Sekali lagi tahniah UPKO. Anda telah memberikan contoh dan sekurang-kurangnya telah membuktikan komitmen untuk membantu golongan sasar. Tahniah saudara Lightson, anda telah memperlihatkan mutu kepimpinan yang mempraktikkan teori, perancangan, tindakan dan bimbingan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Naaahhh.. ini yang kita mau dingar ni. Adakah projek ini meliputi N3 Pitas dan N1 Banggi? Apa-apa pun diharap projek ini dapat diperluaskan lagi ke kawasan yang mempunyai bilangan penduduk miskin tegar yang tinggi.

MAKLIN MASIAU berkata...

projek ni meliputi N1 dan N3.ya harapan kita bersama utk smpi ke gol sasar.