Tahniah, ahli majlis daerah Pitas utk sesi 2 tahun mendatang telah selamat mengangkat sumpah pada 1 Julai 2010 lalu di hadapan Datuk Hajiji dan disaksikan oleh YB Adun dan DO. Mereka ini merupakan "generasi" pertama kaunselor Majlis Daerah Pitas setelah berpisah dari Kota Marudu secara rasmi pada tahun lalu. Senarai rasmi belum saya perolehi tetapi berdasarkan pengamatan kepada gambar di atas, pasti anda mengenali kesemua mereka. Wajah yang bukan asing lagi. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Mereka telah dipilih khususnya oleh YB Adun. Justeru pastinya mereka telah dinilai dan ada merit untuk dilantik. Sememangnya kriteria kepartian telah menjadi polisi umum walaupun dalam Akta Kerajaan Tempatan (121), tidak memperuntukkan kepartian sebagai merit utama. Namun dalam situasi semasa tidak dapat dielak bahawa parti adalah pokok utama.
Kita ucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada mereka. Semoga slogan Rakyat Didahulukan menjadi tagline mereka dalam merancang lanskap daerah Pitas dan pekan Pitas dalam semua segi. Setiap organisasi pastinya ada matlamat. Saya mencadangkan agar kumpulan ini berani meletakkan sasaran untuk daerah kita. Contohnya, Pitas akan menjadi sebuah bandar penuh menjelang tahun.........????? Selain itu berani meletakkan wajah atau watak untuk Pitas. Contohnya, Pitas menjadi pekan/bandar berwatak apa...........???????? Misalnya kalau Ranau, bandar berwatak eko-pelancongan. Saya fikir dua hal ini mesti digarap oleh kumpulan ini dan moga2 cadangan saya ini dapat membantu mereka memulakan perjalanan waktu membangunkan Pitas bersama rakyat marhaen. Marilah kita membantu mereka dengan idea2 yg bernas dan di pihak mereka juga diharap ada cara untuk turun padang mendapatkan sumbangsaran yang bernas dari pihak lapangan. Inilah tanda kecintaan kita untuk Pitas ini.
Berikut adalah senarai ahli majlis daerah. Rakan saya, ketua bahagian UPKO hanya memberikan 17 nama dan difahamkan ada 18 orang yang dilantik.

- En. Mohammad Lahab Enul
- En. Maslan Bin Selen
- En. Rudy Awah
- En. Sh. Sheef Bin Sh. Ahmad
- En. Ng Loi Tect
- En. Lim Sau Hyun @ Lim Sam Hyun
- En. Sh. Sahar Bin Sh. Anding
- Pn. Normala Bt Rasik
- En. Lightson Kohiya
- En. Harun Bin Durabi
- En. Ng Loi Thau
- Pn. Aminah Bt Mindoh
- En. Masikun Bin Magetal
- En. Rahim @ Richard Mazagi
- En. Amirul Hj. Imam Pandan
- En. Mukram Bin Hj Dakulah
- En. Awang Okik
- En. Zamrah Abnaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan