Memasuki tahun baru ini hati saya terpanggil berkongsi suara dengan beberapa isu nasional seperti "penjenamaan semula" yuran sekolah, pengurangan peruntukan pendidikan yang mana kesannya dirasai di peringkat sekolah, kenaikan harga gula, kehilangan enjin jet TUDM (kononnya hilang..tapi tidak ada pun dalam laporan audit 2007 & 2008), konvensyen Pakatan Rakyat. Namun isu yang paling hangat ialah peristiwa keputusan Mahkamah Tinggi KL yang membenarkan Majalah Herald menggunakan perkataan ALLAH dalam terbitan mereka. Saya mengikuti kes ini sejak awal. Bahkan selain saman oleh Herald, saya juga mengikuti perkembangan beberapa kes yang hampir serupa yang mana perbicaraannya masih berjalan di mahkamah. Maklumat yang saya peroleh juga dari sumber pertama, khususnya melalui rakan dari NECF.
Sejak keputusan penghakiman dibacakan ternyata respon dari kalangan yang mendakwa mereka sebagai pejuang "agama dan bangsa" bukan main hebat. Memang tidak salah bertindak atas nama agama dan bangsa. Namun nampaknya respon yang diungkapkan amat keterlaluan, bukan sahaja melampui tata susila malah mencapai tahap penghinaan iman agama Kristian. Kata-kata dan tulisan di pelbagai kategori media amat menyedihkan. Laporan TV3 malam semalam mengatakan bahawa KONONNYA ada seorang Kristian yg mengirimkan email bhw dia juga turut membantah keputusan hakim.Benarkah bhw ada kiriman email tersebut? Lebih teruk, ada blogger menggambarkan Allah Kristian sebagai 3 in 1, seperti gambar tersebut.
Tiada apa yang boleh dilakukan oleh pihak yang "dihina dan diserang" kerana kita tidak boleh bersuara secara terbuka seperti mereka. Kalaupun kita mengeluarkan kenyataan tidak ada media yang akan menyiarkan. Hujah-hujah di mahkamah juga tidak ramai yang tahu di pihak manakah yang benar-benar ada fakta dan jitu. Bahkan kita tidak ada keperluan untuk menjawab kerana emosi tidak akan tunduk kepada fakta. Selain itu, ternyata isu ini lebih kepada permainan politik. Ungkapan Allah di kalangan Kristian di Malaysia telah digunakan sejak 1629 dan sehingga sekarang ternyata Malaysia dalam keadaan harmoni. Kenapa setelah 380 tahun barulah isu ini dibesarkan? Peredaran masa, kemajuan ilmu dan peradaban menjadikan manusia bukan bertambah bodoh tetapi semakin bijak dan berilmu. Kadar celik huruf semakin berkurang bahkan ke arah sifar. Globalisasi juga membantu menjana pemikiran ke arah lebih kreatif, cepat dan tepat....oppss saya tidak akan mengulas panjang. Terima kasih kepada ramai tokoh ilmuwan Melayu seperti Dr.Asri, bekas mufti Perlis, ternyata beliau tidak beremosi dan mengulas dengan fakta (boleh layari blognya). Saya juga melayari blog TulangBesi http://www.malaysiawaves.com/ dan ternyata tulisannya beretika dan bernas.
Di sebalik isu...membawa mesej kepada gereja dan umat Kristian agar benar-benar bersatu dalam iman dan kepercayaan. Kesatuan yang dibina atas dasar iman yang sama haruslah mengatasi segala perbezaan fahaman politik dan sebarang perbezaan lain. Ketepikan perbezaan yang remeh dan marilah bersatu membina kekuatan di dalam iman. Bukankah ada ditulis bahawa iman sebesar sesawi akan mampu mengubah gunung? bahkan ada ditulis bahawa perjuangan sebenar bukan melalui darah dan daging tetapi melawan penguasa di udara. Juga ditulis bahawa kejahatan harus dilawan dengan kebaikan. Di mana ada kasih, disitu ada damai sejahtera.
Akhirnya...saya tidak perlu bersuara lantang, saya tidak perlu berdemonstrasi untuk kononnya mempertahankan Allah saya kerana saya YAKIN bahawa Allah yang saya sembah lebih dari mampu untuk mempertahankan DIRINYA. DIA Allah yang Berdaulat dan Mengasihi semua orang. Kuasa dan Kebesaran KasihNya MENGATASI segala kebencian dan kemarahan dunia terhadap DIRINYA.. Semoga Negara Malaysia terus dirahmati dengan perpaduan, keharmonian dan kebebasan yang berlandaskan kejujuran.

6 ulasan:
Umat Kristian dituntut agar mengasihi orang lain sekalipun musuh, laksana mengasihi diri sendiri. Agaknya apa akn jadi jika umat Kristian dituntut untuk membenci musuh? tpi tidak berlaku demikian kerana kehidupan Kristian berlandaskan kasih....apakah nanti ada pihak yang menyangkal kalau saya katakan kehidupan, kesajehtraan, dan keharmonian yang selama ini kita kecapi datangnya dari Kinoringan...
I am a Malaysian, holding a Mykad and Bumiputera as the rest of them. The only thing is I am a Christian, and very proud of it. As human, of course I am disappointed on this issue. My question is, as Malaysian, I am ask to not to use Malay Language as it is the national language which all Malaysian should use it. Then, why all of the sudden, I am being stop to use the language because I am a Christian? The Malay word for GOD is Allah (as it was written in the subtitles of the Azan)in the national television. As we speak daily in Malay, of course we use Malay. When come to say on God matter, it is not nice to add God in between of Malay Language, isn't it? So, as the citizan of Malaysia, suppose no one can stop me from speak Malay, the national language of Malaysia. But, I am not hating them for this, I love them as fellow Malaysian. I just worried that it will spark the tension between them and us. I pray that Our Mighty God will open the way for it. To my fellow Christians in Malaysia, let us pray together for the Lord GOD says in the Bible that this battle is HIS and we will taste victory because HE never lose in any battle for HE is the Conquerer, the only thing is we have to claim it in unity. I hope we will not react aggressively on this issue, let's pray and trust GOD on it. GOD Bless MALAYSIA.....our beloved country. In GOD the Father, Son and The Holy Spirit I pray. Amen.
makasih tuan, post ni menunjukkan tn sangat bertoleransi yg tinggi, tidak mengapi2kan rakan seperjuangan yg lain..sebenarnya yg membantah ni tidak tahu apa yg perlu dibantah..kerana terpengaruh oleh emosi semata2..tu bahayanya jika tidak bertanya pada yg benar2 pakar..yg pakar pun kena tangkap kerana mengajar tanpa tauliah...
Dalam soal mempertahankan hak siapa yang dibenarkan dan sebaliknya tentang penggunaan kalimah Allah, itu persoalan lain. Bagi kita umat kristian,Allah adalah pembela kita, bukannya manusia yang jadi pembela kepada Allah.Pasti ada hikmah disebalik isu ini. Mungkin ini masanya untuk Dia bekerja di negara kita.Kita sebagai orang kristian pastinya terbuka untuk membincangkan isu ini tetapi tidak bagi mereka yang merasakan isu sensitif dan dianggap menggoncang akidah masing-masing. Kekuatan akidah/kepercayaan terletak pada iman kita sendiri.Teruskan berdoa untuk hal ini. sememangnya, sebagai penganut agama yang tidak diberikan hak untuk bersuara secara terbuka seperti mana agama rasmi negara ini, pastinya kita sentiasa dirundung oleh rasa kebimbangan dan sentiasa was-was dalam mengeluarkan kata-kata yang dianggap sensitif oleh pihak lain. Saya sebagai seorang pelajar, kadang-kadang berasa takut dan bimbang akan hal ini. Saban hari saya dihujani pertanyaan2 sinis yang seakan-akan menampakkan nada prejudis oleh rakan rakan-rakan lain. Saya hanya membalas pertanyaan demi pertanyaan tersebut dengan senyuman. Isu ini tidak perlu diperdebatkan. ianya bukan jalan penyelesaian, bahkan sekalipun di bawa ke pihak pengadilan/mahkamah. Saya memikirkan bahawa isu sedemikian, dengan hati dan minda yang terbuka, adalah lebih baik diadakan dialog secara terbuka untuk mencari titik persefahaman. Mungkin agak mustahil jika ada pihak yang tidak terbuka akan hal ini dan tetap dengan ketaksubannya untuk mempertahankan apa yang dianggap benar sedangkan ia tidak mengerti kebenaran yang sebenarnya. Namun, kesudahannya kelak tetap akan ada yang tersenyum gembira dan bersedih. Kasih adalah segala-galanya bagi kita orang kristian dan bukannya syahid semata-mata. Semoga Tuhan Yesus Kristus memberkati negara Malaysia sesuai dengan rencana-Nya. AMIN
ADAKAH INI ADA DISEBALIK POLITIK..??? TAPI APA YANG PENTING KITA BERSERAH KEPEDA NYA....INI SEMUA DUGAAN...YANG SUATU HARI KELAK AKAN ADA JAWAPANNYA...
Catat Ulasan