Pengikut

17 November 2008

UMNO...TERUS MARA UNTUK RASUAH !!!!

Kalaulah Dato'Onn Jaffar pengasas UMNO masih hidup sekarang ini...apakah reaksi beliau melihat situasi UMNO sekarang? Parti yang dibanggakan kerana mengasaskan perpaduan Melayu kini menghadapi penyakit kritikal iaitu RASUAH !!!!. Isu ini bukan lagi 'tapuk-tapuk' tetapi telah menjadi public...menjadi sebutan semua lapisan masyarakat. Ringkasnya dalam mana-mana parti..khususnya UMNO...reputasi, wibawa, karisma dan personaliti bukan lagi menjadi merit untuk menjadi pemimpin tetapi mesti ada WANG. Demam pemilihan dalam UMNO dari peringkat cawangan sehinggalah nasional menyaksikan jutaan ringgit ditabur untuk mencairkan hati para perwakilan. Sebagai contoh..saya sempat berbual-bual dengan seorang perwakilan sekembalinya beliau daripada pemilihan UMNO Kudat. Beliau berkata seorang perwakilan memperolehi 'wang saku' tidak kurang RM2000...Bahkan setiap calon saling membida dengan terbuka. Proses membeli undi ini bukan sahaja di peringkat pemilihan malahan di peringkat pencalonan pun kuasa wang telah bermula.
Tidak hairanlah Dato Rais Yatim mencadangkan agar lebih baik UMNO di tender. Sesiapa yang mampu membuat bidaan tertinggi akan menang. Penganalisis politik tanahair, Mohd Sayuti Omar pula menulis dan melabelkan bahawa UMNO kini adalah UNIVERSITI RASUAH !!!
Kalau pada masa lalu Dato Onn Jaffar mengasaskan UMNO dengan niat yang ikhlas dan disertai dengan pengorbanan yang mahal harganya kini landskap ini telah jauh berubah. Mengikut memoir golongan veteran UMNO..orang yang menyokong UMNO pada waktu itu sanggup menjual tanah demi UMNO..sekarang dunia dah terbalik. Majoriti menyertai UMNO kerana PERUT yang berselindung di sebalik slogan demi agama, bangsa dan negara.
P/S : Blog ini tidak akan dikemaskini kerana saya terlibat dalam trip misi jelajah semenanjung pada 19-27 Nov...jumpa lagi.

Tiada ulasan: