Pengikut

26 Oktober 2008

PCS YANG KITA KASIHI

Sejak web PCS yang menyediakan ruangan forum, saya telah terlibat sebagai pihak ketiga..membaca, meneliti dan 'merekod' semua pandangan yang diutarakan. Saya sengaja tidak mendaftar sebagai rakan dalam forum tersebut walaupun ada permintaan dalam blog saya agar turut terlibat dalam perbincangan. Terkini..saya membaca bahawa ada ahli dalam forum PCS yang ragu-ragu adakah sesiapa pemimpin pusat (EXCO) yang terlibat aktif dalam forum, khususnya meneliti semua pandangan. Jawabannya ADA...salah seorang ialah SAYA sendiri !
Ya..saya akui bahawa semua pandangan dalam forum tersebut adalah logik, relevan dan praktikal untuk PCS. Kadangkala saya tersentuh dengan keluhan suara hati kalian yang SANGAT RINDU dengan perubahan. Siapa yang tidak mahu perubahan? Bukan untuk minta dipuji tapi sebut saja nama saya, PCS yang ada sekarang kenal hati dan beban saya untuk PCS. Saya antara yang lantang menyuarakan perubahan sehingga sekarang. Pada saat ramai 'angkatan' saya bahkan 'anak didik rohani' saya keluar dari PCS dengan alasan mencari makanan dan minuman rohani yang segar...saya bertahan dalam PCS. Saya telah 'berjuang' sejak 1994 (secara rasmi) dan sejak itu saya telah bersemuka dgn hampir kesemua pemimpin, bahkan dengan Pdt Otto Dilger. Saya jugalah yang pernah menulis surat rasmi 5 mukasurat kepada kepimpinan yang merangkumi semua cadangan saya untuk PCS (kalau mereka masih simpan), termasuk tawaran bantuan saya secara peribadi. Anda tahu...saya pernah dicadang untuk disenaraihitam dalam pelayanan PCS.....seorang pemimpin pernah mencadang agar saya dilucutkan jawatan serta merta.
Jalan Tuhan tidak dapat diselami. DIA memanggil saya dalam EXCO. Ya...satu barisan kepimpinan yang dianggap mempunyai kuasa pemutus tertinggi dalam PCS dan semua jemaat meletakkan harapan yang tinggi untuk membuat perubahan ! Namun setakat ini saya minta kita terus BERSABAR. Ramai yang pesimis dengan penstrukturan baru dalam PCS sekarang. Mohon maaf...bahkan dalam EXCO sendiri pun masih ada yg kurang yakin dan bersikap sinis. Namun..rakan-rakan semua...percayalah bahawa penstrukturan ini adalah kerangka awal untuk kita melangkah. Perubahan yang kita rindukan bukanlah skala kecil tetapi mengubah sesuatu yang diwarisi hampir 60 tahun ! Perhatikan hal-hal ini :
  1. Israel keluar dari Mesir dengan kelam kabut. Misi dan maklumat dari Musa sukar sampai dan difahami. Yitro menasihati "Atur Organisasi"
  2. Yosua menyambung perjalanan dan pelayanan dari Musa dengan "mengatur organisasi"
  3. Nehemia memulakan pekerjaan dengan "mengatur organisasi"
  4. Yesus memulakan pelayanan dengan membentuk "organisasi"
Banyak lagi contoh bagaimana pembentukan organisasi sinonim dengan perubahan. Kerangka baru ini hanyalah langkah awal yang sangat perlu bagi organisasi besar seperti PCS. Ada yg mencadang dalam forum bahawa perubahan rohani yang penting dan bukannya struktur. Hal ini agak subjektif kerana pengalaman saya dalam melakukan beberapa pembaharuan di beberapa organisasi yang saya pimpin/ketuai...saya berani mengatakan bahawa pembentukan organisasi yang mantap adalah asas yang penting !. Cadangan mewujudkan team misi, team doa, doa berantai, mengadakan KKR, lawatan ke luar dan sebagainya adalah sangat baik dan tepat. Namun sedarkah anda bahawa semua itu hanya akan berjalan dengan sistematik dan berhasil kalau wujud sebuah organisasi yang mantap. Saya perlu katakan di sini bahawa baru beberapa bulan saya dalam EXCO..saya telah dapat mengesan banyak keperluan penambahbaikan dalam organisasi PCS.Antaranya ialah penyusunan bidang kerja, sistem rekod dan fail, sistem birokrasi, sistem penyampaian maklumat (delivery system), etika organisasi dan banyak lagi. Hal-hal ini bukan keutamaan tetapi sangat penting sebagai asas.
Nah..saya sarankan kepada anda semua yang rindukan perubahan...sementara kami dalam EXCO berusaha dalam penstrukturan ini yang juga merupakan pembaharuan, saya alu-alukan anda terus melaksanakan visi misi dan kerinduan itu DARI TEMPAT ANDA. Saya menulis surat cadangan kepada EXCO pada tahun 2000 dan tidak ada satu pun yang dilaksana. Apakah saya kecewa? Ya..saya kecewa. Apakah saya keluar PCS? TIDAK. Semua cadangan itu saya perlahan-lahan laksanakan di jemaat saya di kampug dan sekarang di Pekan Pitas. Saya ambil satu contoh : MUTU KOTBAH DAN PENGKOTBAH PCS TIDAK BERKUALITI. Apakah saya harus menunggu dan terus menunggu ? Tidak ! Kami di Pekan Pitas sejak 3 tahun yang lalu menyusun sendiri tema kotbah dan pengkotbah di kalangan kami (dengan makluman dan izin AJKP). Kami sendiri menyusun liturgi...memilih lagu...berdoa safaat...doa berantai...mengadakan KKR dan banyak lagi.
Memang perubahan dari atas/pusat perlu dan alkitabiah...tetapi beri kami masa. Lagi pun anda harus ingat, ada 15 orang EXCO dan bukan semua mempunyai hati dan beban yang sama, terutama yang belum mengalami pembaharuan. Justeru bukan mudah 'menembusi' hati yang belum diperbaharui. Apa pun..saya dan beberapa EXCO yang 'sehati sefikir' sentiasa memikirkan langkah pembaharuan yang sejati di samping menjayakan penstrukuturan yang dicadang oleh M21.
Melaksanakan pembaharuan..beban, hikmat dan kesabaran adalah penting. Percayalah bahawa PCS dalam landasan yang tepat untuk menerima REVIVAL yang hebat dari Allah. Paulus berkata bahawa dia bukan peninju yang menumbuk dengan sembarangan. Firman Tuhan mencatat " orang yang menabur dengan mencucurkan air mata akan menuai dengan sorak sorai". Hati dan kerinduan kita sama. Saya/kami yang berada dalam EXCO lebih 'sakit' merasakan. Saya pernah mengatakan kepada seseorang bahawa "banyak hal yang perlu dibuat dalam PCS tetapi kadangkala saya bingung di mana saya harus mula".
Kalau anda salah seorang di antara ribuan anggota PCS yang rindukan perubahan itu..mulakan dari tempat anda sekarang !!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Saya menyokong penuh pendapat sdr. Maklin ini...Immanuel!

IsOn berkata...

Hehee... tq ki obpinai tu 'morongou' ko dagai. GBU