Pengikut

13 Oktober 2008

KDCA


Hari ini dengan rasminya Huguan Siou, Datuk Pairin sekali lagi menang tanpa bertanding sebagai Presiden KDCA utk tempoh 3 tahun akan datang. YB Maximus dan Dr Jefrey menang sebagai Timbalan Presiden. Tahniah untuk mereka..sekali lagi diberi tanggungjawab 'memimpin' masyarakat Kadazandusun dalam semua aspek, khususnya budaya dan sosioekonomi.
Penglibatan saya dalam KDCA bermula pada tahun 2002 semasa pertemuan 'keluarga', YB Max meminta saya menyelaras KDCA Pitas. Saya kata bhw saya hanya bersedia sebagai setiausaha namun apabila surat perlantikan rasmi yang ditandatangani oleh Datuk Pairin tiba, saya dilantik sebagai penyelaras daerah. Bermulalah keterlibatan saya dalam KDCA yg saya lihat di tahap yg sederhana. Beberapa aktiviti telah dijalankan di Pitas, khususnya saya mengendali Unduk Ngadau Pitas 2004 dan 2005. Pada tahun 2005, saya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi KDCA. Suatu penghormatan dan pengalaman yg sangat bermakna bagi saya. Mengenali pemimpin Kadazandusun, mempelajari pengurusan organisasi yg besar seperti KDCA dan pendedahan kepada pelbagai karenah kepimpinan. Sesungguhnya terlibat dalam KDCA adalah atas dasar sukarela sepenuhnya. Memerlukan pengorbanan masa, tenaga, wang dan sebagainya. Bermula 8 malam dan selepas berakhir terus memandu pulang ke Pitas utk bekerja.
Namun mulai pada tahun ini..kekuatan saya mulai kendur...dengan masa, tenaga dan wang yg terhad...saya mulai merenung kembali senarai keutamaan saya. Hal keluarga, pelayanan, kerjaya dan organisasi lain yg lebih mendesak. Akhirnya saya membuat keputusan utk berehat dalam KDCA. Beberapa justifikasi yg saya pertimbangkan, tanpa saya....KDCA masih dan lebih dari mampu utk bertahan...peranan saya...ramai yg lebih dari mampu utk melaksanakan...KDCA...digemari oleh mereka yg punya 'hobi' tertentu...berilah mereka peluang ? KDCA...adakah mendesak utk dijadikan keutamaan? Dan sebab lain yg tidak perlu dijelaskan disini atas prinsip etika organisasi.
Apapun saya tetap menaruh harapan agar KDCA benar-benar bergerak mencapai visi dan misi dan kalau pada waktu itu saya masih diperlukan dan saya juga bersedia..saya akan kembali dalam KDCA. TQ YB Datuk Max yg beri saya peluang dalam KDCA (maaf..maybe saya gagal dalam ujian). Datuk Pairin..yg pertama kali dalam miting memangil saya "En.Makiau" Terima kasih kepada Pn Munam dan Pn Maureen, staf di KDCA HQ yg sangat baik dan peramah. Gundohing Benedict Topin yg selalu mendorong saya menjadi YB..haha. Datuk Patrik Sindu (rakan mesyuarat yg sejiwa) Pn Jornah yg tidak putus asa menelefon saya demi KDCA. Dr Othman Menudin yg selalu menawarkan special price chalet nya di Kundasang... dan ramai lagi... Selamat Berjuang Untuk Kadazandusun...MISOMPURU DOID KOUBASANAN

Tiada ulasan: