Pengikut

05 Ogos 2008

DATA BARU PENDUDUK SABAH

Jabatan Perangkaan (Bank Data Negeri/Daerah 2005; Laporan Am Banci Penduduk, Jilid 1, 1980)yang dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menggangarkan bahawa penduduk Sabah berjumlah 3.6 juta pada tahun 2008. Daripada anggaran 3.6 juta ini,komposisi penduduk Sabah seperti berikut :
1. Bukan warganegara 747,800 orang (24.8%)
2. Kadazandusun 17.5%
3. Bumiputera lain 14.6%
4. Bajau 13%
4. Melayu 12.2%
5. Cina 9.7%
6. Lain-lain 4.8%
7. Murut 3.2%
Berdasarkan data ini, saya mempunyai beberapa justifikasi yang perlu kita renung bersama, iaitu :
- Pastinya pelunjuran data ini tidak akan jauh berubah dari segi mod komposisi. Justeru, bagaimana masa depan negeri Sabah dalam semua sudut?
- Berdasarkan data ini kadazandusun sepatutnya menguasai sekurang-kurangnya 21 kerusi ADUN namun struktur persempadanan kerusi pilihanraya memperlihatkan Kadazandusun hanya menguasai 17 kerusi. Satu perancangan yang sangat strategik !
- Komposisi kaum dalam semua jenis kerjaya juga memperlihatkan ketidakseimbangan.
- Bagaimana dalam konteks lain seperti biasiswa luar negeri, kontrak, pemilikan aset dan sebagainya ?
- Berdasarkan data ini, tidak mustahil Sabah akan menjadi seperti negara Fiji.Orang India suatu ketika dulu dibawa oleh penjajah menjadi penanam tebu tetapi kini menjadi Perdana Menteri dan menguasai Fiji sepenuhnya....

1 ulasan:

momogun berkata...

saya rasa pada masa kini PTI yang sudah dapat IC sudah banyak. kita risau kalau-kalau pada masa akan datang PTI seperti suluk, indon dan pakistan yang tidak ada tempat di kampung sendiri akan menuntut hak tanah di negeri nenek moyang momogun ini.

peratus penduduk KDM sendiri pun sudah tidak seimbang disebabkan pertambahan penduduk di sabah yang luarbiasa. apakan tidak, kelahirannya bukan secara lahir biasa tetapi dengan memberikan IC kepada warga asing.