Pengikut

24 Mac 2008

SALAM RAKYAT

Saya mengucap syukur kepada Tuhan kerana dengan kasih, hikmat dan kekuatanNya maka saya dapat memulakan blog ini yang saya dedikasikan khusus untuk rakyat Pitas. Sesuai dengan misi Berkongsi Kebenaran Menyingkap Penderitaan...maka blok ini akan berkongsi fakta-fakat kebenaran dalam konteks isu-isu yang dikupas secara intelektual dan membangun. Juga akan menyingkap penderitaan rakyat Pitas sebuah daerah yang diistyiharkan sebagai 'yang termiskin' di Malaysia. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Justeru apabila anda melihat kebenaran dan penderitaan dan hati anda tergerak untuk membantu dalam apa jua aspek, blog ini sedia menyalurkan bantuan anda. Saya berjanji bahawa semua sokongan dan bantuan akan diterima sepenuhnya oleh golongan sasaran. GerbangPitas bersifat..'berani tanpa prejudis' dengan tidak menjunjung sebarang ideologi. GerbangPitas berpaksikan kepada hak kesamarataan dan hak bersuara yang akan dideklarasikan melalui prinsip kasih. KASIH adalah kekuatan semulajadi dan keperluan asasi manusia sejagat.
Gerbangpitas dibangun daripada otak yang zero tentang ICT tetapi daripada hati yang penuh dengan kerinduan. Anda dialu-alukan memberikan respon dan sebarang komen. Adalah baik sekiranya saya mengenali anda sekiranya sudi. Dengan doa dan sokongan semua pihak, semoga gerbangpitas dapat merentasi detik waktu menemui hati yang 'lapar dan haus' akan KASIH.

Terima kasih.....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

trima kasih atas usaha ini,tuhan menyertaimu slalu.

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat percaya apa yang anda lakukan adalah untuk memperjuangkan Hak-hak kemanusiaan. Apa pun saya belum ada kesempatan untuk komen. lain hari. tq

Vidic berkata...

Puji Tuhan dpt juga sa buka blog ni... teruskan usaha ni cikgu... GBU

raidah berkata...

cikgu merupakan anak jati pitas dan berusaha untuk memajukan anak bangsa sendiri.teruskan usaha. ...tuhan menyertai mu