Pengikut

26 Februari 2009

KISAH BENAR : Pencuri Handalan Yang Tewas !!!

Tak tahu nak cakap apa..nak klasifikasikan kisah benar ni dlm kategori cerita lucu atau cerita selam? Yang jelasnya..inilah kisah benar yg saya petik/link kan dari rakan blog Persatuan Blogger Sabah..
Amat menarik kisahnya… tapi kalau pencuri tetap pencuri. Samaada akan menerima balasan di akhirat Allah SWT akan tunjuk di dunia juga. Kisah gambar di atas adalah kisah sang pencuri di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu yang menemui ajalnya seperti yang dilihat di atas ketika cuba menyelit masuk melalui lantai papan rumah Wan Azhan, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7 , Dungun.
Wan Azhan yg baru pulang dr sekolah terkejut apabila naik ke rumahnya dan melihat ada kepala di lantai dapur rumahnya. Dia yang tidak mempercayai apa yg dilihat bergegas ke rumah jiran utk memanggil jiran mengesahkan apa yang dilihat. Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia. Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu. Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

Sumber: http://dungun.net/2009/01/mati-tersepit-lantai-rumah-sura-hujung/
http://forum.lowyat.net/topic/915754
Gambar: http://img407.imageshack.us/img407/9977/downloadww1.jpg

20 Februari 2009

BOLEH BAH KALAU KAU !!!!

Apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membeli 12 buah kereta Volvo untuk kegunaan rasmi kabinet negeri, saya melihat itu sebagai kelaziman. Tiada apa-apa yang diriuhkan sangat kerana sebelum ini di peringkat agensi kerajaan pun sudah lama memakai Isuzu Bighorn dan Ford sebagai kenderaan rasmi (kelihatannya sebagai kenderaan peribadi..memancing, berdating, membeli runcit, dsb). Juga sebagai menteri apalah salah menggunakan kenderaan mewah. Tak layaklah kalau mereka menggunakan hilux, van dan sebagainya...bukankah gitu
Saya buat sedikit kerja tambahan ekoran pengumuman ini. Dalam web Volvo (versi Malaysia) saya dapati terdapat 2 model Volvo yang popular iaitu model s60 (basic price : RM216,000.00) dan model s80 (basic price : RM285,000.000). Tak pula CM beritahu model mana yang menjadi pilihan. Saya andaikan dengan mentaliti "jimat cermat" mereka guna model s60, dengan harga OTR RM250,000.00. Kalau 12 buah, semuanya berharga RM3 juta. Pembelian ini dibuat melalui GLC kerajaan iaitu Angkatan Hebat Sdn.Bhd. Bagi anda yg ingat, pemberian kontrak sewa dan penyelenggaraan kerajaan rasmi kerajaan dianugerahkan kepada syarikat ini semasa Datuk Salleh sbg CM dan kontrak ini mendapat tentang HABIS-HABISAN oleh segenap lapisan masyarakat kerana pakej kontrak ialah "sewa dan selenggera" dan bukannya "sewa beli". Dengan kata lain..syarikat ini seolah-olah hanya bagi pinjam kenderaan mereka kepada kerajaan. Apakah pakej kontrak ini telah berubah sekarang..saya pun tak tahu kerana memang pun dah malas ambil tahu. Umum mengklasifikasikan kontrak ini pada waktu itu sebagai satu lagi rompakan wang rakyat di siang hari.
Nah..beberapa bulan lalu Perak juga mengumumkan penggunaan kenderaan rasmi exco mereka iaitu Toyota Camry. Saya melayari web toyota dan mendapati harga toyota camry 2.oE RM139,066, 2.0G pula RM149,053 dan paling mahal RM167,000.000. Saya melayari "web cars" yg lain dan mendapati rupanya toyota camry mendapat pengiktirafan sebagai kereta import paling murah. Walaupun demikian, langkah kerajaan Perak membeli kereta ini (waktu itu diperintah Pakatan Rakyat) mendapat kritikan kuat dari kepimpinan Barisan Nasional. Pelbagai tuduhan dilemparkan..membazir wang rakyat !!!
Nah..sekarang kerajaan Sabah yg diterajui oleh BN membuat langkah yang sama dengan harga yang jauh lebih mahal. Anda buatlah sendiri perbandingan harga. Lagi satu..kalaulah konsep "sewa dan selenggera" masih diamalkan sekarang..ternyata jumlah wang rakyat yg digunakan oleh kerajaan negeri Sabah lebih banyak dari perkiraan atas kertas. Saya tidak katakan ini membazir kerana bagi kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Musa Aman, pastilah melihat jumlah ini SANGAT SEDIKIT. Hanya orang miskin, tertindas dan daif yang melihat ini sebagai satu jumlah yang banyak dan pembaziran.
Saya tertunggu-tunggu komen dari pemimpin BN dengan tindakan kerajaan negeri Sabah ini. Percayalah komen "double standard" akan kedengaran !!! Boleh Bah Kalau Kau !!!

13 Februari 2009

SEJARAH HARI VALENTINE

valentineSetiap 14 Februari, seluruh dunia merayakan Hari Valentine dan Malaysia, Sabah..Pitas tidak terkecuali, khususnya di kalangan 'pasangan kekasih'. Saya paparkan latar belakang hari Valentine berdasarkan sumber online sebagai perkongsian bersama..tanda sokongan kepada yang "menanti-nantikan" hari ini.

Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani, lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.

Dalam versi kedua, Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi ampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan putri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kartu yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.” Hal itu terjadi setelah anak tersebut memeluk agama nashrani bersama 46 kerabatnya.”

Versi ketiga menyebutkan ketika agama nashrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan “Dengan nama Tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kartu ini.” Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat “Dengan nama Tuhan Ibu” dengan kalimat “Dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.

Versi lain mengatakan St.Valentine ditanya tentang Atharid, Tuhan perdagangan, kefasihan, makar dan pencurian, dan Jupiter, Tuhan orang Romawi yang terbesar. Maka dia menjawab Tuhan-Tuhan tersebut buatan manusia dan bahwasanya Tuhan yang sesungguhnya adalah Isa Al Masih. Bahkan saat ini beredar kartu-kartu perayaan keagamaan ini dengan gambar anak kecil dengan dua sayap terbang mengitari gambar hati sambil mengarahkan anak panah ke arah hati yang sebenarnya merupakan lambang Tuhan cinta bagi orang-orang Romawi.

Sememangnya latar belakang Hari Valentine banyak dipengaruhi atau berkisar dengan method ajaran agama Kristian. Sebab itu arahan (fatwa?) dalam http://al-fikrah.net/News/article/sid=388.html dan http://izkahubb.wordpress.com/2009/01/28/fatwa-ulama-seputar-hari-valentine/ telah dikeluarkan yang melarang umat Islam daripada merayakan hari valentine.

Pandangan saya..tidak salah merayakan valentine sekiranya dengan cara dan niat yang betul berdasarkan Kasih Yang Agung apatah lagi jika dirayakan dalam lingkungan keluarga dan rakan-rakan. Baik buruknya adalah di tangan dan di hati kita masing-masing.

04 Februari 2009

BETAPA MURAHNYA UNDI KITA

Ketika saya menulis ini, keadaan politik di Perak sedang kucar kacir. Najib mendakwa BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru di Perak ekoran "penghijrahan" 3 orang ADUN Pakatan Rakyat dari segi prinsip. "Bekas Menteri Besar" pula, Datuk Nizar sedang menunggu jawapan dari Sultan Perak tentang cadangan pembubaran DUN Perak. Kini segalanya terletak di tangan Sultan Azlan, sultan yang dikenali cukup berhemah, bekas Ketua Hakim Negara dan yang baru sahaja menyambut perayaan Jubli Perak.
Walau berada di pelusuk jauh di utara minda berdenyut untuk memberikan sedikit ulasan tentang isu yang telah menghangatkan suhu politik nasional sekarang. Kalau kita menganggap bahawa "penghijrahan" adalah satu pengkhianatan juga agak subjektif kerana kita tidak berada di posisi mereka. Situasi ini hampir serupa dengan kes yang berlaku di Sabah pada tahun 1994 yang menyaksikan tumbang kerajaan PBS ekoran melompatnya 2 org YB PBS pada masa itu. Catatan sejarah ini membuktikan bahawa BN memulakan penguasaannya di Sabah bukan melalui demokrasi tetapi "kuasa ghaib". Kini BN melakukannya lagi di Perak ! Dan ini bukan julung kali BN melakukannya. Peristiwa politik di Kelantan sekita 60-an dan 70-an juga menyaksikan kerajaan PAS tumbang ekoran "lompatan" katak politik.
Situasi ini membuktikan bahawa apa yang saya selalu tekankan kepada pelajar saya di Tingkatan 6 subjek Pengajian Am ada kebenarannya. Bercakap tentang amalan demokrasi dan sistem pilihanraya, amalan di Malaysia boleh dikatakan penuh dengan kelemahan dan masih perlu belajar dari negara demokrasi lain hatta negara yang mundur. Sistem kemenangan di tentukan berdasarkan jumlah kerusi dan bukannya "suara majoriti akar umbi" sangat mudah dimanipulasi oleh pihak pemerintah. Sebagai contoh, saya pernah membuat analisis pilihanraya DUN di Sabah pada tahun 1999. Kalau dikumpul jumlah undi yang perolehi oleh BN, tidak pun mencapai 50% tetapi dari segi kerusi mereka memperoleh 2/3. Ini membuktikan bahawa suara dan pilihan rakyat kepada pembangkang yang menyamai malah sedikit melebihi 50% dinafikan dengan sistem demokrasi dan amalan pilihanraya ciptaan BN. Namun saya tidak mahu mengulas lebih lanjut soal ini...kalau diberi peluang secara berdepan lebih sesuai untuk diterangkan.
Kembali kepada isu pokok...sistem kerusi mendedahkan seseorang YB kepada risiko "melompat" dan ternyata ini telah terbukti. Apapun alasan kita, bagi saya "melompat" adalah tindakan opportunis politik yang menafikan undi dan sokongan rakyat. Sekaligus menjadikan UNDI yang dibuang itu SANGAT TIDAK BERNILAI...umpama SAMPAH. Kalau perlu kenapa YB tidak membuat referendum dulu di kawasannya melihat berapa banyakkah rakyat di kawasannya yang menyokong "lompatan" nya itu. Gelaran YB adalah "kontrak sosial" yang jelas dengan rakyat dan adalah sangat mengecewakan apabila YB tersebut melanggar kontrak sosial itu.
Sebenarnya masih terdapat ratusan ribu rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai mengundi. Masih terdapat ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah mendaftar tetapi tidak keluar mengundi semasa pilihanraya. Setiap pilihanraya puluhan ribu undi rosak. Kebanyakan yang termasuk dalam kelompok ini bukannya golongan buta huruf tetapi yang ada pendidikan sekurang-kurangnya di peringkat menengah atas. Kenapakah semua ini berlaku? Menurut kajian yang pernah dilakukan, salah satu sebab utama ialah "golongan" ini malas, kecewa dan tidak yakin dengan sistem yang ada. Mereka menganggap undi mereka tidak bermakna dan perkembangan politik terkini MEMBUKTIKAN bahawa andaian dan fahaman kelompok ini ada kebenaran.
Oh..sejarah politik di Kelantan, Sabah dan terkini di Perak membuktikan betapa murahnya undi saya...........